Friday, 4 May 2012

Bob Kuman meninggal, disemadi di Rantau

Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Jenazah pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan untuk disemadikan setelah disolatkan di Masjid Kota Damansara, jam 9.30 malam ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Muhyi mengimamkan solat tersebut kira-kira jam 9.20 malam yang disertai lebih 200 jemaah. (Kiri)

Jenazah dibawa dengan van jenazah Masjid Kota Damansara yang bertolak jam 9.50 malam.

-HD / GB

Komen Anda

0 Responses to "Bob Kuman meninggal, disemadi di Rantau"