Friday, 4 May 2012

BERSIH 3.0 : Polis guna Pekida dan Perkasa?

Kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH 3.0 menimbulkan tandatanya. Adakah PDRM menggunakan tenaga samseng UMNO,Pekida dan Perkasa untuk menjayakan huru hara BERSIH 3.0 tempohari?

Selain menggunakan SB, kemungkinan polis dengan kerjasama samseng UMNO turut terlibat untuk membuat provokasi. Antara tanda-tandanya seperti tiada tanda nama dan nombor anggota pada pakaian seragam polis.

Antara perancangan Bukit Aman untuk menghuru harakan BERSIH 3.0 ialah :

a) Anggota polis tidak memakai tanda nama dan nombor siri polis.

b) Memukul peguam-peguam yang hadir.

c) Merampas,memusnahkan kamera wartawan serta memukul wartawan termasuk wartawan akhbar milik MCA. Yang paling selamat adalah wartawan Utusan dan Berita Harian.

d) Menyebarkan khabar angin tentang kematian anggota polis agar polis bawahan berang dan bertindak ganas terhadap rakyat.

e) Membuka kawat duri untuk memberi "lesen besar" anggota polis bawahan untuk bertindak ganas.

f) memukul rakyat tidak kira umur dan jantina sama wanita, orang tua dan kanak-kanak.

h) memusnahkan dan merosakkan harta awam agar gambar dapat dirakam oleh media barua untuk menunjukkan peserta BERSIH 3.0 ganas.

Kita merasakan segala yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah perancangan jahat Menteri Polis Hishamuddin bersama pegawai-pegawai atasan Bukit Aman. Yang jadi mangsa maki hamun rakyat adalah anggota polis bawahan. "

-TKO

Komen Anda

0 Responses to "BERSIH 3.0 : Polis guna Pekida dan Perkasa?"