Saturday, 5 May 2012

Awal dan Scha kini sah suami isteri



PELAKON Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 29, selamat diijabkabulkan pada satu majlis yang berlangsung di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir Syed Kechik Alyahya dengan disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Salman Idrus.

Scha yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran manakala Awal yang segak berbaju Melayu menerima sembilan dulang hantaran.

Scha turut menerima RM2,050 sebagai mas kahwin tetapi pasangan tersebut enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum.

-Kosmo

Komen Anda

0 Responses to "Awal dan Scha kini sah suami isteri"