Wednesday, 16 May 2012

78 peratus guna perisian cetak rompak

Kajian Cetak Rompak Perisian Global BSA 2011 menunjukkan 78 peratus pengguna komputer di Malaysia menggunakan perisian cetak rompak.

Kajian oleh Business Software Alliance (BSA) itu juga menunjukkan sebilangan pengguna menggunakan perisian cetak rompak sepenuhnya atau sebahagian besar masa manakala yang lain sekali-sekala atau jarang-jarang. "Tahun lepas, sebanyak 55 peratus cetak rompak perisian berlaku di Malaysia, bermakna 11 daripada 20 program yang digunakan tidak berlesen," kata BSA dalam satu kenyataan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa BSA Malaysia, Ronald Chua berkata, cetak rompak perisian menuntut respons serupa seperti kesalahan lain, pendidikan awam bersepadu dan penguatkuasaan undang-undang.

"Jika 78 peratus pengguna mengaku mencuri, pihak berkuasa akan bertindak dengan meningkatkan rondaan polis atau hukuman," katanya.

Kajian itu juga mendapati mereka yang mengaku menggunakan perisian cetak rompak di Malaysia terdiri daripada lelaki berusia antara 18 dan 24 tahun.

-Kosmo

Komen Anda

0 Responses to "78 peratus guna perisian cetak rompak"