Wednesday, 9 May 2012

26 maut, 100 hilang dalam banjir kilat di Afghanistan

Sekurang-kurang 26 orang maut dan lebih 100 lagi hilang dalam satu kejadian banjir kilat di utara Afghanistan di sini semalam.

Dalam kejadian tersebut, tiga buah kampung di daerah Deh Mardan di wilayah Sari Pul dilanda banjir akibat hujan lebat.

Menurut Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah, Fazlullah Sadat, pihaknya menemui 26 mayat yang kebanyakan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. - AFP

Komen Anda

0 Responses to "26 maut, 100 hilang dalam banjir kilat di Afghanistan"