Tuesday, 17 April 2012

Siapa Sebenarnya Banyak Merampas Tanah?

Pemimpin PBB/BN amat takut sekali dengan kemunculan PAS di Sarawak sehingga tergamak mengatakan “Ini tanah kita dan hak kita, oleh itu tiada sesiapa yang boleh merampasnya daripada kita semua,” kata Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dengan penuh semangat pada satu Majlis Muzakarah dan Penjelasan Isu-isu Semasa di Dewan Masyarakat Bekenu pada petang Ahad lalu dalam Utusan Borneo.

Bila masa pula PAS pernah merampas tanah dan hak orang Sarawak? Semua orang tahu yang paling banyak merampas tanah dan hak orang Sarawak adalah pemimpin BN dan mereka yang sekutu dengan mereka bukannya PAS. Janganlah kerana terlalu takut dengan PAS sehingga bercakap pun tidak tentu arah. Mengapa mesti takut dengan PAS? Ini Negara demokrasi sesiapa pun berhak untuk memilih pemimpin atau pemerintah yang mereka yakini benar, jujur dan adil. Biarlah rakyat yang menentukan nasib masa depan mereka bukannya pemimpin BN.

Kalau dulu mereka menghalang orang awam menggunakan Dewan Masyarakat Bekenu digunakan untuk program seminar bersama masyarakat setempat tetapi apabila mereka sendiri dengan jelas dan nyata menggunakan dewan tersebut untuk tujuan politik tidak pula kita mendengar ada pihak keselamatan menghalang program tersebut. Inilah Malaysia negaraku tercinta yang berkuasa mereka boleh lakukan apa saja demi kepentingan mereka dan rakyat terus dikongkong dari menyuarakan masalah mereka kepada pihak berkuasa.

Antara lain kata Ahmad Lai ““Adakah rakyat negeri ini mahu melihat Sarawak dirampas dalam PRU13 nanti terutama oleh PAS?” soalnya. Kalaulah orang yang mempunyai akal fikiran yang waras macam mana PAS hendak merampas negeri Sarawak kalau kita setakat dapat menawan Sibuti. Walaubagaimana pun jika ditakdirkan PAS memerintah Sarawak suatu hari nanti, Insyallah rakyat Sarawak akan hidup aman dan maju kehadapan berbanding dengan negeri lain dalam Malaysia.

Segala hasil galian dan sumber kekayaan negeri Sarawak akan dapat dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik, kalau PAS diberi peluang, mentadbirkan negeri Sarawak.

Biar apa pun pandangan buruk pemimpin BN terhadap PAS, kita akan tetap meneruskan perjuangan kita membebaskan rakyat dari terus terkongkong dalam minda yang sempit akibat terlalu lama diperintah oleh kerajaan BN sehingga rakyat sukar menerima pembaharuan.
Kita minta agar pemimpin PBB/BN bersikap professional apabila berhadapan dengan PAS dan janganlah bersikap seperti budak-budak dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal tanpa berpijak di bumi nyata.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, SARAWAK

Komen Anda

0 Responses to "Siapa Sebenarnya Banyak Merampas Tanah?"