Monday, 9 April 2012

Selangor Kekal Milik Pakatan - Anwar

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/6/6c/Anwar_Ibrahim_speaking.jpgKetua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin bahawa BN tidak akan berjaya merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Anwar berkata keyakinannya itu berdasarkan tinjauannya Selangor dan juga di Kedah serta Pulau Pinang yang menunjukkan sikap rakyat semakin menyokong Pakatan.

Bercakap dalam satu ceramah malam tadi, Anwar berkata beliau juga yakin bahawa Pakatan mampu menambah kerusi DUN dan juga kerusi parlimen di negeri berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar berkata Pakatan perlu bekerja lebih keras dan tidak memandang ringan usaha BN yang begitu "mengidamkan" negeri Selangor.

"Dia idam-idamkan tawan Selangor, insya-Allah, terlepas Putrajaya kepada kita. Saya yakin," katanya kepada kira-kira 1,500 orang yang hadir di program sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam itu.

Tambahnya, ramai yang tidak yakin bahawa Pakatan akan berjaya menawan Selangor ketika pilihan raya 2008.

"Tahun 2012, tanggungjawab kita bukan sahaja pertahan Selangor, tetapi kita jadikan Selangor kubu kuat pertahanan kita, supaya kita dapat tawan Putrajaya," katanya lagi.

Pada masa ini, Pakatan memerlukan empat kerusi untuk memperoleh majoriti dua pertiga daripada 56 kerusi DUN.

PKR dan DAP masing-masing menguasai 13 kerusi manakala PAS di tujuh kerusi di negeri itu.

-MK

Komen Anda

0 Responses to "Selangor Kekal Milik Pakatan - Anwar"