Friday, 13 April 2012

Rasuah mega dalam Sarawak Energy?

http://hornbillunleashed.files.wordpress.com/2010/09/taib-mahmud-sarawak-election.jpgSebagai mana yang diketahui umum di seluruh Malaysia, pautan BN/UMNO pada kuasa pemerintahan bergantung penuh pada sokongan berterusan dari kedua-dua Ketua Menteri dari Malaysia Timur yang korup.

Kedua-dua Abdul Taib Mahmud dan Musa Aman memperolehi wang yang mereka rompak dari rakyat mereka sendiri dan juga dari pemusnahan kediaman-kediaman rakyat mereka menerusi pembalakan dan perladangan yang tidak terkawal.

Kebanyakan ratusan juta ringgit yang mereka rompak itu digunakan untuk membiayai parti memerintah, UMNO, yang korup, di samping untuk menjejaskan pihak pembangkang dan juga untuk menyogok para pengundi semasa setiap pilihan raya.

Maka, kerana kedua-dua Ketua Menteri itu mampu mengadakan wang yang banyak dan juga mampu meraih undi yang banyak untuk mengekalkan kekuasan UMNO, Najib tidak dapat bertindak menggunakan undang-undang ke atas kegiatan haram mereka, walaupun dia ingin berbuat demikian.

Bertentangan dengan itu Perdana Menteri meletakkan kedua-dua tokoh yang amat korup itu di tengah-tengah kerajaan tadbirannya. Saudara kepada Musa Aman adalah Menteri Luar Negara mana kala Jacob Sagan dari parti pimpinan Taib pula merupakan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Luar Negara – kedua-duanya dicemari oleh rasuah pembalakan.

Salah satu kesan yang buruk mengenai cara pentadbiran yang dijalankan oleh kedua-dua Ketua Menteri itu adalah kesalahan rasuah mereka telah menjangkiti orang-orang bawahan mereka tanpa diawasi.

Bak kata pepatah barat, busuk ikan bermula dari kepala.

Maka tidak hairanlah jika kita menemui hampir kesemua pentadbir senior di Sabah dan Sarawak kini masing-masingnya berusaha untuk menggunakan taktik kotor dalam pentadbiran mereka seperti yang dilakukan oleh bos-bos politik mereka.

Najib Razak harus bertindak segera bagi menangani masalah yang membelengu Sabah dan Sarawak dan bukannya menghalang SPRM serta para penguatkuasa mereka membawa penjenayah-penjenayah itu ke muka pengadilan.

Bagaimana Pengurus Besar Sarawak Energy Bhd, Phang Chung Tchet, membuat duit dari kontrak-kontrak

Sebagai contohnya, pendedahan kami ke atas kontrak berasuah yang dianugerahkan kepada ketua Sarawak Energy, Phang Chung Tchet.

Pada 24 Ogos 2001, Phang telah mendaftarkan sebuah syarikat yang baru dengan nama C.P. Power Sdn Bhd di mana dia sendiri bertindak selaku Pengarah dan memegang 80% dari keseluruhan saham di situ.

Lima hari kemudian, pada 29hb Ogos 2001, sebuah lagi anak Sarawak Energy diwujudkan, dengan nama Sarawak Energy Engineering Sdn Bhd.

Sejak hari pertama penubuhannya syarikat ini berpejabat di ibu pejabat Sarawak Energy dan Pengurus serta Pengarahnya pula adalah Phang Chung Tchet juga.

Apa yang menariknya, dan mungkin untuk menangkis khabar angin yang bakal bertiup kemudian, Sarawak Energy Engineering Sdn Bhd telah ditukar namanya pada bulan lalu dan dipindahkan ke premis yang berasingan. Namun, Pengurus dan Pengarahnya masih lagi Phang Chung Tchet.

Maka, soalannya sama ada terdapat hubungan antara pegangan 70% anak syarikat SEB, diuruskan dan diarahkan oleh Phang Chung Tchet, dan sebuah lagi syarikat yang dia wujudkan secara peribadi 5 hari sebelum itu, C P Power Sdn Bhd?

Jawapannya, sepertimana yang kami temui kemudian, adalah ya. C P Power Sdn Bhd adalah pemilik baki 30% saham dalam Sarawak Energy Engineering Sdn Bhd!

Dan, sebagaimana yang telah kita ketahui sebelum ini, Pengurus Besar SEB Phang Chung Tchet merupakan pemegang 80% saham dalam C P Power.

Ini bermakna 80% dari 30% keuntungan dari kesemua kontrak yang dianugerahkan oleh SEB kepada Sarawak Energy Engineering/See Energy akan terus masuk ke dalam saku Pengurus Besar SEB!
Justeru itu, wajarlah bagi kita meneliti kontrak-kontrak, yang telah dianugerahkan sejak tertubuhnya Sarawak Energy Engineering pada 2001?
Kontrak-kontrak lebih RM900 juta!

Berdasarkan rujukan yang diperolehi dari laman web rasmi CIDB jelaslah Sarawak Energy Engineering/See Energy Sdn Bhd telah mendapat kontrak-kontrak berjumlah lebih RM900 juta dari negeri Sarawak selama kira-kira sedekad lamanya.

Kebanyakan kontrak ini telah dianugerahkan kepada syarikat berkenaan oleh Sarawak Energy Bhd.

Sebagai pengurus Besar Sarawak Energy, bolehlah kita andaikan bahawa Phang mempunyai kuasa dan kawalan penuh ke atas keputusan-keputusan untuk meletakkan kontrak-kontrak ke tangan sebuah syarikat di mana dia sendiri merupakan pemegang terbesar saham dalam syarikat itu!

Lagipun, 80% dari 30% keuntungan itu menjadikan sejumlah wang yang banyak, jika kita bercakap tentang kontrak-kontrak yang mencecah RATUSAN JUTA RINGGIT!

Maka, Phang kini perlu menjawab persoalan-persoalan yang serius mengenai betapa jelasnya percanggahan kepentingan tugas dan tanggungjawab yang melibatkan pengurusannya dalam dua buah syarikat dan ratusan juta ringgit nilai kontrak-kontrak yang disalurkan dari SEB ke dalam sebuah syarikat miliknya.

Begitu juga, terdapat suatu persoalan yang hangat dihalakan kepada Ketua Eksekutif SEB berbangsa Norway, Tortein Dale Sjoveit, yang jelas mengetahui mengenai kegiatan rasuah ini, tetapi dibiarkannya.

Walau bagaimanapun, Phang mungkin mengikut jejak langkah bos-bos politiknya di Sarawak.

Pengerusi SEB adalah sepupu kepada Ketua Menteri, Hamed Sepawi, yang sentiasa menikmati pelbagai naungan dalam bentuk lesen-lesen perladangan, kontrak-kontrak binaan, lesen-lesen pembalakan dan banyak lagi jenis lesen yang lain dari kerajaan yang ditadbir-urus oleh Abdul Taib Mahmud.

Jika Taib Mahmud dan sepupunya yang juga proksinya, Hamed Sepawi, merupakan pemimpin yang terlalu korup dan boleh melarikan sebanyak mana yang mereka mahu, kenapa pula orang-orang bawahan mereka berkelakuan berlainan dari mereka?

Oleh SARAWAK REPORT

Komen Anda

0 Responses to "Rasuah mega dalam Sarawak Energy?"