Thursday, 26 April 2012

PRU13, Sabah bukan fix deposit BN lagi?

TAWAU: Rakyat Sabah harus mendepani cabaran menjadikan Sabah bukan lagi fix deposit kepada Umno BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Demikian kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman semasa berwacana di sini malam ini.

Wacana bertajuk Selamatkan Sabah, Selamatkan Malaysia itu dianjur PAS Tawau di hotel MB dekat sini bermula jam 9 malam tadi.

Dua panel dijemput menghangatkan wacana termasuk Ahmad Lutfi dan Penolong Ketua Penerangan PKR Sabah, Musli Oli.

Lutfi berkata, jika PRU12 lalu yang menyaksikan tsunami berlaku di Semenanjung, namun Sabah dan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN.

Namun, beliau merasakan bahawa keadaan itu akan berubah dalam PRU13 ini dengan kebangkitan tsunami merentasi Laut China Selatan.

Sementara itu, Musli yang baharu menyertai PKR lima bulan lalu berkata, beliau yakin 11 kerusi akan diperolehi Pakatan Rakyat di Sabah.

Telahan itu berdasarkan kepada mood rakyat Sabah yang semakin tidak boleh menerima BN menerajui negeri ini, jelas Musli.

Namun, beliau tetap bimbang dengan kempen berdasarkan sentimen perkauman oleh Umno BN akan ditelan pengundi khasnya Melayu untuk terus meyokong BN.

Beliau amat berharap, rakyat Sabah melakar perubahan ini dan menjadi penyumbang kepada usaha menenggelamkan BN di peringkat pusat.

Wacana ini dihadiri lebih 150 tetamu dengan dewan yang penuh.

-HD

Komen Anda

0 Responses to "PRU13, Sabah bukan fix deposit BN lagi?"