Saturday, 28 April 2012

Jangan Sekat Perhimpunan BERSIH 3.0

http://www.financetwitter.com/wp-content/uploads/2012/04/Bersih-Demonstrators.jpgPihak kerajaan sepatutnya jangan menyekat perhimpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan serentak ke seluruh negara pada 28hb April 2012 nanti kerana mereka hanya DUDUK BANTAH bukannya bergerak seperti perhimpunan
sebelumnya. Jangan sekat kebebasan rakyat nanti buruk akibatnya.

Seperti kata perumpamaan "Jangan dihalang air yang mengalir dari gunung (ulu) ke kuala sungai kerana apabila air penuh ianya akan melimpah ke kawasan lain yang boleh mengakibatkan banjir besar". Kalau kerajaan menyekat kebebasan rakyat seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan ini akan memburukkan imej sistem demokrasi Negara Malaysia di peringkat antarabangsa.

Apa salahnya mereka berhimpun sambil duduk selepas cukup masa sudah
pasti mereka semua akan balik dan mencari makanan dan minuman. Secara
tidak langsung ini akan menjana ekonomi atau memberi keuntungan kepada
peniaga-peniaga.

Kepada pihak keselamatan pula mereka hanya perlu menjaga keselamatan
dan mengawal lalu lintas agar semua urusan berjalan seperti biasa
tanpa sebarang gangguan.

Kita juga mendesak pengerusi SPR & timbalannya meletak jawatan
sekiranya mereka berdua memang ahli kepada parti pemerintah.
Disebabkan mereka lebih condong kepada parti pemerintah maka usaha
rakyat untuk membersihkan sistem PRU13 akan menemui kegagalan.

Apabila rakyat sudah hilang kepercayaan kepada penjawat awam maka
mereka perlu meletak jawatan secara terhormat dan gantikan mereka
dengan orang yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik sebab
apabila mereka yang diamanah untuk menjaga kepentingan awam mereka ini
lebih condong kepada mana-mana parti politik ini akan menyebabkan
berlaku berat sebelah atau pilih kasih dalam melakukan sesuatu perkara
yang melibatkan kepentingan awam.

Hanya mereka yang suka melakukan kerja-kerja kotor saja yang tidak
suka BERSIH sebab ini akan menghalang mereka dari terus melakukan
kerja-kerja kotor selama ini.

Semoga pihak kerajaan dapat bertolak ansur dan jangan menghalang
rakyat dari menyuarakan perasaan mereka secara aman. Berlaku adillah
untuk semua agar rakyat negara ini akan hidup aman dan harmoni.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Komen Anda

0 Responses to "Jangan Sekat Perhimpunan BERSIH 3.0"