Saturday, 7 April 2012

BN halang ujudkan PRU bersih dan adil?

Pada tanggal 3 April lalu, Dewan Rakyat menjadi kecoh. Jam 3.30 petang Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menangguhkan sidang sehingga jam 10 pagi keesokannya.

Speaker juga telah membuat keputusan untuk meluluskan laporan Jawatankuasa Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) dalam keadaan kecoh di dewan petang itu dan sebelumnya telah mengarahkan tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan dalam keadaan yang penuh kegawatan di Parlimen.

Usaha ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih dihalang oleh Speaker dan ahli- Ahli Perlimen daripada BN.

Tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa PSC iaitu ahli bagi kawasan Gombak (Mohamed Azmin Ali); Rasah (Loke Siew Fook) dan Kuala Krai (Dr.Hatta Md Ramli) telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir JK dijalankan pada 29 Mac 2012.

Penyata Minoriti ini sangat penting untuk memberikan ruang kepada suara minoriti dalam jawatankuasa melaporkan panda ngan dan cadangan mereka yang tidak dipersetujui oleh majoriti dalam jawatankuasa.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah tiga undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala enam undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor dan Wangsa Maju).

Penyata Minoriti adalah istilah yang digunakan untuk laporan dari kalangan anggota sesebuah jawatankuasa yang mempunyai pandangan yang berbeza dari pandangan majoriti dalam jawatankuasa tersebut.

Ia diperakui sebagai satu laporan untuk merakamkan pandangan yang berbeza dalam sesebuah jawatankuasa.

Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti dalam sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas wajib direkod dan dilaporkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa.

Speaker telah menolak dengan alasan bahawa telah cukup laporan JK tanpa perlu pembentangan penyata minoriti.

Apabila Speaker berhujah bahawa tidak ada kes awalan yang membenarkan minority report dibentangkan, di sinilah belenggu kekecohan pun terlepas dan bermulalah perbalahan.

Ramai dari Ahli Parlimen menghujahkan bahawa ada kes awalan (preceding cases) yang membenarkan laporan minoriti dibentangkan lalu menolak itu sebagai alasan menolak penyata minoriti.

Tujuan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta untuk dibentangkan ialah supaya pandangan ini dirakamkan untuk diminitkan dalam dewan bahawa kami masih tidak berpuashati dengan laporan JK yang tidak menyelesaikan masalah pokok iaitu daftar pemilih.

Tujuan tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa tersebut mencadangkan Penyata Minoriti ialah kerana me reka berpendapat perkara yang paling asas dan penting dalam soal penambahbaikan sistem pilihanraya iaitu memastikan daftar pemilih yang bersih dan telus masih belum mendapat perhatian yang sepa tutnya dan tindakan yang serius daripada pihak SPR.

Adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa sepanjang perjalanan dan prosiding Jawatankuasa PSC, ahli jawatankuasa dari Pakatan Rakyat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas mereka.

SPR gagal memberikan komitmen yang penuh untuk memastikan segala kepincangan dalam daftar pemilih akan diatasi dan menjamin satu daftar pemilih yang bersih yang bakal digunakan pada PRU13 nanti merangkumi:

1. Isu-isu berkenaan daftar pemilih yang gagal ditangani oleh SPR

2. Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya Dun dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen.

3. Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR.

4. Nama pengundi yang melebihi 100 tahun.

5. Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina.

6. Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos.

Keputusan ketiga-tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai PSC bertindak untuk tidak memperakui Laporan Akhir Jawatankuasa sebagai laporan yang konklusif serta menekankan keperluan dibentangkan bersama penyata minoriti adalah kerana kegagalan SPR sehingga kini untuk bertindak sesuai dengan mandat Perlembagaan demi memastikan perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil.

Malah sepanjang perjalanan mesyuarat JK, berdasarkan penjelasan yang diberikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR, tambah meyakinkan kami bahawa SPR kian hilang kewibawaan menyempurnakan mandat tersebut secara bebas dan adil.

Editorial Harakah

Komen Anda

0 Responses to "BN halang ujudkan PRU bersih dan adil?"