Tuesday, 10 April 2012

BERSIH 3.0 Dibenarkan Secara Aman

Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.

Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.

Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.

Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang. -mk

Komen Anda

1 Responses to "BERSIH 3.0 Dibenarkan Secara Aman"
Anonymous said...
11 April 2012 at 00:51

semua orang tahu.... kalau mereka kata boleh.... tell us sipa diantara mereka yang pernah berkata benar apa lagi ikhlas... pengalaman dari B2.0 kenyataan dari menteri.. KPN....TKPN...mahkamah...Ketua Polis KL....semuanya saling bercangahan semua gimik... hari ni kata boleh... esok dah tak boleh... kata kat stadium boleh bila mohon tak lulus .. kata boleh tapi billa mintak permit tak bagi.... kata boleh tapi suruh mahkamah istihar semua tempat di KL tak boleh dihadiri.... boleh tapi hari2 polis beri amaran akan ttangkap.... kata boleh tapi siapa pakai baju program tangkkap.. boleh ttapi tak boleh berkumpul... boleh tapi semua jalan suruh polis block... boleh tapi permit bas ditarik balik... boleh tapi belum sampai dah kena belasah dengan fru.... belum duduk dah kena sembur dengan water canon dan gas ini lah cermin keikhlasan mereka....dan orang macam ni sampai mati pun tak akan berkata benar istilah ikhlas tak pernah wujud dalam kamus hidup mereka... cakap macam mengutamakan hak rakyat...macam bagus2 ...tolong list up apa hak rakyat belum dicabul.... rakyat wajib bangun menuntut hak rakyat dan demi generasi akan datang...serta sayangilah negara kita... bebaskan dari perompak dan pembohong2 ..ab-mt