Monday, 9 April 2012

Balak: Anifah nafi disiasat SPRM

http://2.bp.blogspot.com/-gkreAC0CQDI/T4A17SK_szI/AAAAAAAAB0I/3z88d8vcqoo/s1600/anifah+aman+balak.jpgMenteri luar, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau secara rasuah telah menerima lesen balak daripada abangnya yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

MP Kimanis itu berkata, dakwaan "terdesak" itu telah diada-adakan oleh pihak berkenaan.

Dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Ditanya sekiranya beliau telah disiasat SPRM, Anifah menafikan perkara itu dan itulah kali pertama beliau mendengar mengenai dakwaan seperti itu.

Beliau mengulas laporan laman web Sarawak Report, Khamis lalu yang mendakwa mendapat dokumen bocor SPRM yang mendakwa demikian. -MK

Komen Anda

0 Responses to "Balak: Anifah nafi disiasat SPRM"