Thursday, 26 April 2012

Anti-PTPTN: UM siasat 3 siswa

Universiti Malaya (UM) akan mengadakan prosiding tatatertib terhadap tiga pelajarnya berhubung penglibatan mereka dalam demonstrasi anti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 14 April lalu.

Ketiga-tiga mahasiswa itu - Mohd Syahid Mohd Zaini, Muhammad Safwan Anang dan Haziq Abdullah Abdul Aziz - dimaklumkan berhubung perkara tersebut melalui surat hari ini.
muhammad safwan anang launch police report 050112 safwan anang 01
"Saya baru sahaja menerima surat itu hari ini yang mengarahkan supaya saya menghadiri prosiding itu pada 3 Mei ini, dan Haziq serta Safwan akan mengambil surat tersebut nanti.

"Kami dituduh memburukkan nama universiti bawah Akta universiti dan Kolej Universiti (AUKU)," katanya dihubungi Malaysiakini.

Mohd Syahid adalah mahasiswa tahun akhir jurusan sains politik Islam manakala Muhammad Safwan merupakan pelajar tahun tiga jurusan pengajian Islam. Kedua-duanya merupakan pelajar Akademi Pengajian Islam UM.

Sementara Haziq Abdullah pula merupaka pelajar tahun pertama jurusan Undang-undang. -MK

Komen Anda

0 Responses to "Anti-PTPTN: UM siasat 3 siswa"