Monday, 9 April 2012

Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH2011



Pelakon Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi.

Aaron turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada malam itu.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang muzik selama hampir 30 tahun.

Manakala Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) bersempena dengan sambutan kali ke-25 acara itu.

Siti yang sebelum ini pernah merangkul anugerah Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali menewaskan nama besar lain seperti Datuk M Nasir, Datin Sofea Jane, Ziana Zain, Eman Manan, Nabil (Raja Lawak) dan Shahiezy Sam.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang muzik selama hampir 30 tahun.

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH 2011 :

  • Artis Berkumpulan / Duo Popular : Jacklyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
  • Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shilla
  • Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
  • Artis Komedi Wanita Popular : Didiey Alias
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Dato’ Sheila Majid
  • Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Razak
  • Artis Baru lelaki Popular : Johan Asaa’ri
  • Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
  • Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
  • Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
  • Artis Komedi Lelaki Popular : Johan Raja Lawak
  • Anugerah Seri Perak : Dato’ Siti Nurhaliza
  • Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz
  • Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz
  • Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
  • Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin
  • Penyanyi Wanita Popular : Yuna

Fakta ABPBH 2011 :

  1. Faizal Ismail antara yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular selama 5 tahun berturut-turut.
  2. Didiey Alias pertama kali merangkul anugerah Artis Komedi Wanita Popular selepas 25 tahun ABPBH dipertandingkan.
  3. Dato’ Sheila Majid dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.
  4. Anugerah Pengacara Lelaki Popular akhirnya jatuh kepada Zizan Raja Lawak setelah 8 tahun didominasi oleh Aznil Nawawi.
  5. Dato’ Siti Nurhaliza mekap sendiri kerana jurumekap, Nurul Syukur sibuk.
  6. Trofi Pelakon TV Lelaki Popular yang dijangka dimenangi oleh Aaron Aziz telah dirangkul oleh Fizz Fairuz. Satu kemenangan yang luar jangkaan!
  7. Fara Fauzana mengekalkan kedudukannya buat 6 kali berturut-turut. Masih tiada pesaing?
  8. Nama Sheila Majid, Aaron Aziz, Didie Alias, & Fizz Fairuz menjadi trending top 10 di Twitter.
  9. Persembahan paling mantap sudah semestinya Lan Typewriter Vs Ziana Zain.
-Mstar / Ohbulan

Komen Anda

0 Responses to "Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH2011"