Tuesday, 17 April 2012

28 April Parlimen Dibubarkan?

http://4.bp.blogspot.com/-pP0Ewj2s6CI/TksdHDW-vxI/AAAAAAAAgSw/SRE8mRIFgks/s1600/najib%2Bpru13.jpgPilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) terus menjadi teka-teki semua pihak di dalam 1Malaysia. Pelbagai ramalan telah di kaji dan ditulis tetapi masih tidak menjadi kenyataan. Ramalan bahawa PRU13 akan berlaku pada Mac 2012 pun berlalu juga nampaknya.

Ramalan terbaru yang sangat popular ketika ini ialah awal bulan Jun tahun ini. Hampir kesemua PRU di negara ini diadakan ketika cuti penggal sekolah kerana sebahagian besar tempat mengundi dan mengira undi adalah di sekolah, jadi rutin persekolahan tidak terganggu sewaktu cuti.

Namun maklumat terkini yang diperolehi melalui cakap-cakap wakil UMNO bahagian yang rapat dengan kepimpinan atasan UMNO bahawa pembubaran Parlimen akan berlaku pada 28 April 2012. Manakala tarikh Pilihanraya pula akan berlansung pada awal Jun 2012.

Jika diteliti daripada maklumat ini, kemungkinan tempoh berkempen bagi semua parti yang bertanding adalah lebih lama daripada biasa.

Apapun faktor terpenting tentang tarikh sebenar Pilihanraya ini ialah waktu di mana parti pemerintah (BN) dijangka mampu menang. Tapi adakah jika PRU diadakan bulan Jun maka BN akan menang besar atau sekurang-kurang mereka terus berkuasa di Pusat?

Sama ada maklumat ini benar atau tidak, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi pada tarikh yang dinyattakan.

-Mus (malaysiadaily)

Komen Anda

0 Responses to "28 April Parlimen Dibubarkan?"