
Usul itu difailkan di bawah Perintah Tetap 18 (1) dan 18 (2), yang menyentuh perkara-perkara kepentingan awam yang bersifat segera dan khusus.
Malaysiakini pada Ahad lalu melaporkan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom mengketepikan Musa dan sebaliknya mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff untuk menyiasat tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh yang beroperasi di Johor, pada tahun 2006.
Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.
Bagaimanapun kes semakin pelik.
Abdul Gani kemudian didakwa campur tangan dan didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.
Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.
Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat.
BPR juga kemudiannya didakwa menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.

"Pada peringkat ini, adalah tidak pasti sama ada dakwaan-dakwaan tersebut adalah benar atau tidak. Walau bagaimanapun tidak boleh dinafikan bahawa ada bukti kredibel yang boleh dipercayai untuk menyokong tuntutan itu," katanya sambil mendesak sebuah tribunal ditubuhkan di bawah Artikel 125 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Akta Perhimpunan Aman yang dibantah pelbagai pihak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan akan diwartakan sebagai undang-undang.
Undang-undang itu menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, yang dimansuhkan tahun lalu. -MK
Komen Anda
0 Responses to "Usul tergempar desak tribunal siasat AG"