Wednesday, 21 March 2012

Tanah Rizab Melayu Semakin Terhakis?

Kami cukup tertarik dengan saranan Sultan Selangor baru-baru ini supaya tanah rizab Melayu dipertahankan. Tanah Rezab Melayu disebut dalam Perlembagaan Malaysia sebagai suatu aset yang dilindungi dan dijamin  hak untuk memulihara hak milik orang Melayu di negara ini.
Dahulu British telah meninggalkan sebanyak 3 juta hektar sebagai tanah rizab Melayu. Sekali lagi 3 juta hektar. Sebab apa British berbuat begitu?

Sebab….British tidak mahu orang Melayu terasa seperti ditindas hidup di negara sendiri. Itu dahulu, angkanya masih lagi 3 juta hektar. Sekarang?  Bilangan tanah rezab Melayu semakin pupus.
Tanah Rizab Melayu Selangor Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis? Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu,” titah baginda dalam Titah Ucapan Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri ke-12. (petikan daripada Sinar Harian)
Undang-undang Tanah Rizab Melayu mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Tanah Rizab Melayu Dipelihara : 2 objektif Asal Undang-undang Tersebut :

  1. Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu
  2. Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Bagaimana tanah rizab Melayu semakin mengecil? Ini kerana jikalau “orang lama” masih ingat lagi dahulu, di mana melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.
  1. Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah
  2. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing
Tanah Rizab Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis? Undang-undang asalnya sebelum “berjaya” dipinda, kerajaan sama sekali tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tanah rizab Melayu, tidak boleh sama sekali.
Melainkan diambil tanah tersebut untuk tujuan menyediakan kemudahan awam, sekolah dan hospital. Yang…itu boleh. Dua perkara besar yang telah diubah itulah telah menyebabkan menyebabkan tanah rizab Melayu semakin berkurangan.
  • 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957
  • 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hampir 44% daripada jumlah asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun
  • Masalahnya di sini, tanah yang diambil tidak diganti semula
Permohonan Tanah Rizab Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?
Tanah Rizab Melayu Dijual Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?

Kehilangan tanah rizab Melayu di sekitar Kuala Lumpur amat menakutkan apabila tanah rizab Melayu sejak tahun 1957 hanya tinggal 5.1% sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah. Kebanyakan modus operandinya adalah dengan mengambil tanah rizab Melayu dan ditukarkan kepada status komersial. Akhirnya, ramai jadi kaya atas “skim cepat kaya” ini.
Kami tidak menolak pembangunan tetapi biarlah kita melihat melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera (tanah rizab Melayu) akan terus kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan.

-Berita Semasa

Komen Anda

0 Responses to "Tanah Rizab Melayu Semakin Terhakis?"