Thursday, 22 March 2012

SPM : 559 calon raih keputusan A+

spm 2011PUTRAJAYA 21 Mac - Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 403 calon pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, 506 calon adalah dari sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi adalah calon sekolah lain.

Katanya, pencapaian keseluruhan SPM 2011 yang menyaksikan 468,808 calon kesemuanya adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan nilai indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.04 berbanding 5.19 pada 2010.

Menurutnya, pencapaian keseluruhan sekolah juga meningkat, apabila bilangan sekolah dalam kategori 'cemerlang' dan 'baik' masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 60 buah sekolah.

“Sekolah-sekolah berkenaan diukur menggunakan Gred Purata Sekolah (GPS) dan dikategorikan sebagai “sangat baik”, “baik”, “memuaskan”, dan “berpotensi,” demikian jelasnya

-UM

Komen Anda

0 Responses to "SPM : 559 calon raih keputusan A+"