Tuesday, 13 March 2012

Sandiwara The Star bukti Umno boneka MCA

http://2.bp.blogspot.com/_cxjIzv4SyWY/S-EeuoB01WI/AAAAAAAAF4k/c8U3eic7YVw/s400/the_star_pps_paper.jpgADEGAN-ADEGAN yang dipamerkan oleh akhbar The Star (akhbar harian bahasa Inggeris) milik MCA jelas menunjukkan bahawa walaupun akhbar ini mempunyai pendirian menghina Islam, Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya berdiam diri.

Isu gambar penyanyi Erykah Badu yang mengundang kontroversi patut mendorong Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Hishammuddin Hussein untuk menggantung lesen akhbar The Star sekurangkurangnya enam bulan. Jika tidak maka perkara ini akan diulangi.

Harus diingati umum bahawa tahun lalu dalam bulan Ramadan, akhbar The Star telah menyarankan makanan daging babi sebagai hidangan berbuka puasa.

Adalah mustahill wartawan, penulis, kolumnis dan ketua pengarang tidak tahu bahawa daging babi adalah diharamkan oleh ajaran Islam. Orang Cina yang tidak berpelajaran pun tahu perkara yang basic (asas) ini.

Setiap kali selepas The Star milik MCA ini menghina Islam, mereka akan meminta maaf.

Sudah banyak kali sandiwara ini diulangi oleh mereka yang sengaja memperlakukannya sebagai bahan lawak. The Star juga nampaknya kebal dari segi undang-undang.

Oleh itu tidak syak lagi bahawa Presiden MCA, Chua Soi Lek yang memiliki 'lesen' hina Hudud/Islam telah memanjangkan 'lesen' ini kepada akhbar milik partinya.

Di manakah suara Umno dalam isu ini? Nampaknya dah menikus pula. Justeru, dapat dirumuskan bahawa ahli politik Umno yang berani berkokok riuh-rendah dan menyingsing lengan serta menghulurkan keris dalam Perhimpunan Agung Umno hanya diam seribu bahasa apabila MCA menunjukkan belang dan keangkuhannya.

Sudah tiba masanya untuk semua orang Melayu mengundi PAS supaya maruah bangsa Melayu dapat dikagumi semula sebab PM Najib memang hanya menjadi budak suruhan MCA seperti yang dijelaskan dalam Pantun Ayam Katik di bawah ini:

Pergi menonton pertandingan ayam katik,
Di padang di Kampung Jelatek,
Fakta benar tetapi pelik,
Najib memang takut menegur Chua Soi Lek.

-Oleh SELENA TAY

Komen Anda

0 Responses to "Sandiwara The Star bukti Umno boneka MCA"