Sunday, 4 March 2012

Pas mahu kuasa, UMNO mahu..?

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berkhalwat' dengan DAP dan membuang tokoh yang berjuang mempertahankan akidah umat Islam semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Perdana Menteri berkata, ia amat berbeza dengan UMNO yang konsisten memperjuang dan mempertahankan Islam di negara ini sejak dahulu sehingga hari ini.

Kata beliau, Pas tidak mempunyai hala tuju dan dasar perjuangannya semata-mata untuk memancing undi.

"Aspek Islam dan akidah kita pertahankan, hok (yang) puak Pas hari ini tidak buat, bila ada orang hendak perjuang akidah dia buang daripada parti seperti mana kata Datuk Dr. Hassan Ali, dia perjuangkan akidah dan akhlak, tetapi dia terpelanting daripada Pas.

"Ke mana hala mana Pas hari ini, kerana hendak kerusi dan menawan Putrajaya yang dulu dia hendak lelong, sekarang pakat dengan DAP nak duduk Putrajaya.

"Mimpi lain-lain, 'khalwat' dengan DAP pun tidak apa, janji dapat duduk Putrajaya," katanya semasa berucap di hadapan lebih 20,000 penduduk pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain dan Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Raduan Che Ros.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk Pusat Islam UMK dan menyampaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 10 penduduk dari daerah ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat telus dan adil dalam memastikan rakyat mendapat haknya.

"Macam BR1M yang beri siapa? UMNO dan BN tetapi yang beria-ia tampil ke depan hendak wang ini adalah puak-puak yang menentang kita. Tidak apalah, tidak dapat undi tidak apa, dapat pahala, kita tetap perjuangkan rakyat, ini janji kita sebab itu, kita pakat buat," katanya.


UMNO berkempen politik dalam masjid

UMNO selalu mendakwa PAS menggunakan masjid untuk berkempen politik... tapi semasa lawatan Najib ke kelantan pada 2 mac 2012..

Beliau telah berucap berkempen politik didalam masjid... dan beliau berkempen terhadap pegawai pegawai kerajaan yang terdiri daripada pengetua dan guru besar sekolah sekolah, di parlimen Pasir Mas...



Najib Tun Razak memberi ucapan motivasi kepada pemimpin tempatan, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Mas pada perjumpaan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas, Kelantan semalam. Turut sama Mustapa Mohamed (kanan).

Komen Anda

0 Responses to "Pas mahu kuasa, UMNO mahu..?"