Tuesday, 20 March 2012

MCA Pulau Pinang Siap Sedia Hadapi PRU-13

http://4.bp.blogspot.com/_TUbBz20dlfA/TCChfbdUKvI/AAAAAAAAER4/ordp24t4N2U/s400/mca.pngGEORGE TOWN: MCA Pulau Pinang MCA sedia berkoordinasi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, kata Pengerusi Perhubungan MCA Negeri Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Beliau berkata, MCA kini bersemangat tinggi dan keghairahan luar biasa itu membuktikan mereka benar-benar bersedia meraih kembali sokongan masyarakat Cina untuk BN.

"Kami tidak akan sesekali mengambil pendirian untuk mengalah kerana yakinjika kami bekerja keras dalam membantu rakyat, kami akan memdapat sokongan mereka," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat perhubunganMCA negeri di Bahagian Bukit Gelugor, Isnin.

Ng berkata, parti itu tidak meletakkan sasaran pada pilihan raya umum akan datang dan belum berbincang mengenai pertukaran kerusi di kalangan parti komponen BN, namun jentera MCA sudahpun bersiap sedia.

"Kami mendapat pengajaran selepas pilihan raya umum 2008, dan jika BN menang pada pilihan raya akan datang, kami akan memperjuangkan isu perumahan sebagai agenda utama bagi membantu penduduk Pulau Pinang memiliki rumah sendiri," katanya.

Meskipun pengundi dari masyarakat Cina sukar dipikat, namun beliau percaya MCA mampu berbuat demikian jika berusaha keras ke arah itu.

Bagaimanapun, Ng yang juga Menteri Pelancongan, berkata beliau mendapat pelbagai aduan daripada penduduk Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri pimpinanDAP ketika ini gagal membina rumah mampu milik.

Beliau berkata, pada sesi dialog dengan badan bukan kerajaan (NGO),kebanyakanmereka membangkitkan isu kerajaan DAP membina terlalu sedikit rumah kos rendahsejak mereka mengambil alih pada 2008. "Penduduk Pulau Pinang kecewa dengan kerajaan negeri sedia ada, yang gagalmembina rumah kos rendah, manakala masalah kesesakan di negeri ini bertambah teruk," katanya.

Ng juga berkata, ramai penduduk Pulau Pinang yang tidak mengetahui wawasankerajaan negeri sedia ada.

"Bagi BN, wawasan kami ialah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 yang dirangsang dengan Pelan Transformasi Economi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan transformasi politik bagi membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah serta sederhana," katanya. - BERNAMA

Komen Anda

0 Responses to "MCA Pulau Pinang Siap Sedia Hadapi PRU-13"