Sunday, 11 March 2012

Mazlan Aliman dihalang masuk Sabah

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman hari ini dihalang dari memasuki Sabah.

Beliau yang dihubungi memberitahu, beliau ditahan oleh pegawai Imigresen selepas tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 8.45 malam ini.

"Saya tiba di lapangan terbang kira-kira jam 8.45 tadi, tiba-tiba saya ditahan tanpa sebarang alasan.

"Saya diberitahu ianya arahan pihak berkuasa kerajaan negeri," katanya.

Difahamkan beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat bersama 10 lagi anggota jawatankuasa ke Sabah untuk lawatan kerja selama tiga hari.

"Yang lain semua boleh masuk kecuali saya seorang sahaja yang ditahan," katanya yang kini ditahan di pejabat Imigresen di lapangan terbang itu hampir sejam.

Beliau mendakwa dihalang masuk di bawah seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959.

Beliau memaklumkan akan membuat satu laporan polis di sana selepas berhubung dengan peguamnya.

Mazlan ditemani pegawai khas lajnah, Fadhil Osman, Razman Zakaria (Pengerusi Bapa),Kol.(B) Nazari (Kerabat), Abd. Rahman Ramli (Bangkit).

Beliau dijadual menyertai himpunan aman 123 Bangkit esok di Kota Kinabalu dan akan menubuhkan NGO Keabat dan Bangkit bagi negeri Sabah.

Menurutnya, ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa ditahan, pegawai Imigresen tersebut menyatakan hanya menjalankan tugas.

Setelah ditahan hampir sejam, beliau telah diarahkan supaya pulang ke Semenanjung serta merta.

Komen Anda

1 Responses to "Mazlan Aliman dihalang masuk Sabah"
Anonymous said...
27 April 2012 at 10:38

situasi di sabah aman..sebab itu tidak diperlukan sesiapa untuk mengucarkacirkan keamanan tersebut.Rakyat sabah boleh urus diri sendiri