Thursday, 15 March 2012

MARSIS Tetap Perjuangkan Tanah Adat

MARKAZ Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) telah berjaya mengadakan satu himpunan kecil di tengah ibu kota Kuala Lumpur dengan memilih Pasar Seni sebagai medan pemidato berucap.

Walau pada permulaannya dihalau oleh pihak berkuasa kawasan Pasar Seni kerana menggunakan pentas tanpa kebenaran dan menggunakan pembesar suara. Namun, semangat anak-anak Sabah tidak berhenti setakat di sana. Perhimpunan tetap diteruskan ke sudut lain di kawasan yang sama.

Himpunan yang dihadiri oleh anak muda daripada pelbagai latarbelakang tetapi mempunyai kesedaran yang sama. Mahasiswa yang hadir ada yang datang dari jauh seperti Kedah dan Kelantan atas misi dan matlamat yang serupa dengan kehadiran mahasiswa lain.

Isu tanah adat ini berjaya menyatukan mahasiswa untuk bersolidariti walau dalam jumlah kehadiran yang sedikit. Antara pemidato yang berucap pada himpunan ini adalah wakil daripada MARSIS sendiri, wakil daripada Watch 13 dan wakil daripada Anak Muda Sabah.

Native Costumady Rights Land atau tanah adat antara isu sensitif rakyat pribumi Sabah. Rampasan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab wajar dihentikan.

Mahasiswa sebagai suara rakyat berhak menyuarakan sisi pandang yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.Isu tanah adat ini wajar menjadi perhatian semua pihak agar semua peka dengan kezaliman yang sedang dihadapi oleh rakyat Sabah.Mahasiswa prihatin membantah rampasan tanah adat.

Oleh : DG SITI KHAIRUNNISA (SK)

Komen Anda

0 Responses to "MARSIS Tetap Perjuangkan Tanah Adat"