Thursday, 15 March 2012

Lynas Tidak Patut Beroperasi Di Malaysia

Lynas merancang untuk melupuskan sisa radioaktifnya, mendeklasifikasikan sisa buangannya dari dilabel radioaktif supaya ia dapat dibuang sebagai bahan buangan komersial. Namun, sikap yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika ini tetap diberi lampu hijau oleh pihak berkuasa Malaysia.

AELB merupakan satu-satunya pengawal selia LAMP pada tahun 2008 ketika itu. Kemudian sebelum lawatan IAEA pada bulan Mei 2011, MOSTI dan MITI pula turut serta. Untuk mengaitkan semula Kementerian-kementerian yang bertanggungjawab untuk Lynas, ada empat Kementerian yang terlibat. Rujuk kenyataan sepakat empat Kementerian tersebut pada 22hb Febuari 2012. Ini akhirnya menyedarkan pentadbiran Najib bahawa bahaya LAMP meliputi pelbagai aspek persekitaran dan untuk menangani isu Lamp ini, ianya memerlukan banyak penglibatan displin.

Walau bagaimanapun, kehadiran pelbagai Menteri dan Kementerian gagal meningkatkan kecekapan dalam menguruskan LAMP, malah menambah lebih banyak komplikasi dan penyanggahan, kes lazim yang sering terjadi di Malaysia apabila melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi. Kini jelas tiada peneraju dari mana-mana agensi untuk memantau kes Lynas. Atau mungkin AELB adalah agensi peneraju utama, namun terbukti sama gagal untuk mengawal selia Lynas.

Hari demi hari orang awam disuapkan dengan kenyataan-kenyataan cemas dan
bercanggah berkenaan keselamatan LAMP. Walau pelbagai Menteri serta badan kawal selia, AELB masih gagal mencapai kata sepakat di atas isi kandungan mahupun keradioaktifan sisa Lynas. Mereka jatuh ke perangkap Lynas dan melabel sisa Lynas sebagai ‘bahan buangan’daripada ‘sisa radioaktif yang merbahaya’.

Menteri Kesihatan pada mulanya, mengumumkan bahawa Lynas seharusnya menghantar sisa buangan mereka kembali ke negera asal. Namun Perdana Menteri menolaknya, dan sisa buangan kini akan dibawa keluar dari Gebeng. Malah memetik kenyataan dari Menteri MITI yang terkini, beliau menyatakan bahawa sisa dari Lamp tidak bersifat radioaktif di persekitaran. Membolehkan ia dihantar ke luar Negara dengan perakuan surat janji. Namun hanya Menteri Sumber Alam dan Semulajadi sahaja yang tidak memberi sebarang reaksi ketika Kementerian yang lain mencapai kata sepakat bahawa Lamp adalah selamat. Menteri NRE juga gagal untuk memberi jawapan mengapa penelitian EIA gagal dijalankan berkenaan dengan isu pengeluaran/pembinaan TOL, apabila undang-undang sudah jelas mewajibkan DEIA ke atas LAMP.

Saya ingin mengalihkan perhatian anda semua ke fakta-fakta seterusnya yang dibentangkan oleh Lynas mengenai Pelan Pengendalian Sisa Buangan Radioaktif mereka (RWWP ms32) pada Januari 2012

Sifat dan tahap radioaktif ketiga-tiga aliran sisa buangan.

Total activity of FGD=0.47 Bq/g
(FGD-Flue Gas Desulpharisation)

Total activity of NUF=0.52 Bq/g
(Nutralisation Underflow Fluid)

Total activity of WLP=62.3 Bq/g
WLP (Water Leach Purification)

Ini tidak termasuk dalam penelitian beribu meter kubik sisa yang telah dirawat, dan dibuang oleh Lamp setiap hari, memungkinkan terdapatnya sedikit sisa bahan radioaktif di dalamnya. Dan kita tidak tahu berapa peratus kuantiti, memandangkan Lynas tidak mempunyai Pilot Plant di mana-mana. Loji Gebeng pula akan menjadi tempat kajian untuk menguji sisa-sisa TOL.

Memandangkan kita diyakinkan oleh Menteri Sains dan Inovasi di Parlimen yang memaklumkan bahawa Malaysia mengikuti standard Antarabangsa, dan sisa tersebut akan dilabel sebagai sisa radioaktif 1Bq/g. Jelas di sini, sisa WLP yang dilabel sebagai sisa radioaktif ini seharusnya dikendalikan AELB di bawah Akta 304

Walaupun FGD dan NUF tidak diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif, namun keduanya diklasifikasikan sebagai sisa buangan yang merbahaya melihatkan kandungan ia mempunyai unsur-unsur bersifat radioaktif. Kedua sisa aliran buangan ini dikendalikan pihak DOE di bawah Akta Kualiti Persekitaran.

Dalam RWMP, Lynas mengemukakan satu contoh situasi yang baik dan satu contoh situasi yang buruk; sebagai contoh tindakan kawalan yang diambil mereka buat menangani sisa buangan radioaktif yang merbahaya ini. Contoh situasi yang baik adalah dengan langkah kitar semula sisa tersebut dan kemudian mengkormesilkan sisa FGD dan NUF kepada gypsum boards dan baja. Dan jika ini dibenarkan, Malaysia seakan mengesahkan Lynas untuk menabur sisa radioaktif mereka di MERATA TEMPAT.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa Malaysia akan membenarkan orang awam didedahkan kepada bahan radioaktif yang merbahaya ini. Melalui baja-baja, bahan radioaktif ini akan memberi kesan kepada rantai makanan kita. Thorium dalam sisa mempunyai 14 bilion setengah jangka hayat dan bersifat karsinogen pada alam. Dalam proses pereputan yang mengambil masa yang agak lama, gas-gas radioaktif yang dikeluarkan akhirnya akan menstabilkan sifat.

Dalam usaha menenangkan orang awam dan menyembunyikan kesilapan-kesilapan mereka membawa Lynas ke Malaysia, sebenarnya mendedahkan kepada masyarakat antarabangsa akan betapa bahayanya sisa kandungan tersebut.

Selama ini Lynas menggunakan bacaan sinaran luar sebagai kayu ukur keselamatan mereka, melihatkan betapa mereka boleh melepaskan diri mereka dengan mudah. Namun hanya dengan sinaran luar sahaja tidak memadai kerana ianya tidak dapat menjelaskan akan pendedahan yang orang awam alami ketika mana menguruskan sisa radioaktif ini.

Berkenaan dengan WLP, Lynas merancang untuk mengkomersilkan sisa buangan yang diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif dengan mencairkannya ke bawah 1 Bq|g supaya ia bebas dari dilabel dan diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif. Yang mana akan dikomersilkan sebagai bahan asas untuk pembinaan jalan (ini diumukan Lynas pada Januari 2012)

Malaysia bagaimanapun seolah tidak menyedari bahawa kegiatan ini suatu tingkah laku yang tidak bertanggungjawab dan beretika serta menipu pihak awam.

Kini, kriteria penerimaan antarabangsa untuk sisa buangan radioaktif yang merbahaya diukur berdasarkan kepada jumlah keseluruhan bahan-bahan cemar yang merbahaya dan tidak tertumpu hanya pada bahan-bahan cemar sahaja.

Mencairkan WLP akan membuatnya tidak bersifat radioaktif dari klasifikasi, akan tetapi
jumlah keseluruhan bahan radioaktif di dalam sisa akan tetap
kekal! (Berdasarkan asas pengabadian jisim)

Malaysia harus mengkaji bagaimana pesaing Lynas, Molycorps yang kelak
beroperasi pada tahun 2013 merancang untuk menguruskan sisa radioaktif mereka. Dalam dokumen mereka, Molycorps telah mengumumkan bahawa tiada sisa cecair yang akan dibuang dan semua sisa pepejal akan ditanam di dalam tanah konkrit yang dilapis plumbum berlapik. (Bijih Molycorps dari Mt Pass di California mempunyai kandungan thorium dan uranium kandungan dari Lynas Mt mengimpal bijih)

Lynas telah menghina undang-undang Malaysia dan mempersendakan keseluruhan Pentadbiran Najib. Lynas juga memperlihatkan sifat kurang cekap apabila mereka didapati hanya mengulang kenyataan Lynas tanpa memahami sebarang rancangan licik yang mengelirukan dari Lynas.

Dengan ini saya menegaskan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang keupayaan mahupun
kecekapan untuk mengawal kilang penapisan nadir bumi terbesar di luar China ini.
Malah Malaysia juga tidak memiliki sebarang kapasiti untuk memajukan satu set Amalan Terbaik untuk kilang penapisan nadir bumi tanpa merujuk tahap piawaian China.

LAMP seharusnya TIDAK dibenarkan beroperasi dimana-mana di Malaysia.

Fuziah Salleh

Sumber : KeadilanDaily

Komen Anda

0 Responses to "Lynas Tidak Patut Beroperasi Di Malaysia"