Tuesday, 13 March 2012

BN mahu 'mansuh' formula kongsi kerusi?

http://2.bp.blogspot.com/_fOpHYvBYiRc/TOywbRZ2uNI/AAAAAAAAB-8/V2ObkwrrLUc/s400/logo%2Bbn.jpgBarisan Nasional (BN) sedang melihat ke arah meniadakan formula perkongsian kerusi di kalangan parti komponennya dalam usaha merebut semula penguasaan dua pertiga majoritinya di parlimen dan negeri-negeri yang dirampas daripadanya semasa pilihan raya 2008, bagi pilihan raya umum akan datang, menurut sumber-sumber yang rapat dengan strategi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini sedang Datuk Seri Najib, yang juga Pengerusi BN, giat melihat ke arah mengadakan satu pilihan raya kilat dalam enam bulan pertama tahun ini, selain mengarahkan semua pemimpin BN supaya menyerahkan senarai calon mereka yang muktamad sambil menekankan bahawa beliau berhak memutuskan pemilihan itu, kata sumber-sumber tersebut.

Satu laporan difahamkan bahawa pengerusi BN itu hanya mahukan calon yang berupaya menang untuk dipertandingkan, tidak kira calon parti mana yang pernah menduduki kerusi berkenaan sebelum ini.

'Tidak kira sama ada ia kerusi Umno atau MCA (Persatuan Cina Malaysia) atau MIC (Kongres India Malaysia), Najib mahukan calon yang terbaik bagi kerusi itu,' kata sumber itu.
Keputusan pilihan raya umum 2008 telah mendorong formula itu difikirkan semula kerana kebanyakan kerusi mempunyai pengundi Melayu majoriti yang kini mempunyai pilihan lebih besar untuk memilih parti majoriti Melayu, seperti Umno, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BN hanya memenangi 140 daripada 222 kerusi persekutuan pada 8 Mac 2008, selain hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada Pakatan Rakyat, yang diwakili oleh PAS, PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Ia merampas semula Perak pada 2009 apabila tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) PR berpaling tadah dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Menteri-menteri dan ahli-ahli politik BN memberitahu bahawa mereka telah menerima isyarat-isyarat dan arahan-arahan yang mencukupi daripada Datuk Seri Najib sejak beberapa minggu lalu mengenai perlunya formula perkongsian kerusi di antara parti-parti komponen memberi laluan kepada kenyataan politik baru masa kini.

'Datuk Seri Najib mahukan satu kemenangan besar dan ini bermakna meletakkan calon yang diyakini boleh menang,' kata seorang menteri yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sementara itu, Datuk Seri Najib juga sedang melihat ke arah mengadakan pilihan raya umum akan datang dalam enam bulan pertama tahun ini, kata sumber-sumber itu.

Difahamkan, perdana menteri telah memberitahu para menterinya bahawa beliau mahu skandal yang menyelubungi Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan Malaysia Airlines (MAS) segera diselesaikan sebelum pilihan raya akan datang diumumkan.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam mengumumkan beliau akan meletak jawatan selepas tempoh jawatan senatornya berakhir pada 8 April ini, sekali gus menamatkan jawatan menterinya.

Keluarga Datuk Seri Shahrizat terbabit dalam menguruskan National Feedlot Corporation (NFC), syarikat yang mengendalikan PFN.

Kelmarin, Datuk Seri Najib dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau akan mengkaji semula peraturan tukaran saham MAS-AirAsia yang dilakukan pada Ogos lalu, yang sehingga kini masih belum menunjukkan prestasi yang diharapkan. - Kerajaan Rakyat.

Komen Anda

0 Responses to "BN mahu 'mansuh' formula kongsi kerusi?"