Sunday, 25 March 2012

22 penyelewengan Felcra dikenal pasti

http://4.bp.blogspot.com/_Ra7vDtHQxuM/TUE1BH2IQmI/AAAAAAAAB1Q/M6xThMqPCHs/s1600/mazlan-aliman.jpgKERAJAAN Umno-BN pernah didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pelbagai dakwaan kepincangan, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam Felcra.“(Ini kerana) Kedudukan Felcra sangat serius dan kritikal,” kata Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman sebelum ini.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) juga menggesa SPRM menubuhkan petugas khas bagi menyemak kembali aduan-aduan yang dibuat oleh peserta Felcra.

Katanya, pihaknya mendakwa mengenalpasti 22 penyelewengan berlaku di agensi kerajaan itu, termasuk mempunyai dokumen bagi membuktikannya.

Antara dakwaan salah laku itu termasuk pembelian 20,000 ekar estet di Sabah dan pelaburan RM 17 juta bagi membeli bon tanpa mendapat kelulusan.

Dakwaan itu, antaranya melibatkan pembelian 20,000 ekar estet di Sabah, pelaburan RM17 juta dalam pembelian bon yang didakwa tidak diluluskan serta salah urus tadbir dalam unit perniagaan khas Felcra Berhad dan koperasi pesertanya.

Mazlan juga mendakwa, Projek Agropolitan Pulau Bangi yang dibangunkan pada 2006 dengan kos RM167 juta, untuk penanaman getah di atas tanah seluas 2000 ekar dibuat tanpa kajian awal sehingga merugikan wang rakyat.

Projek tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Badawi dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu, Dato’ Seri Aziz Shamsuddin.

Selain itu, Lembaga Getah Sabah juga didakwa menolak syor menanam getah tersebut, manakala anak syarikat SEDC Sabah juga menolak syor untuk penanaman kelapa sawit namun tidak dipedulikan Felcra.

Selain itu, Felcra juga didakwa membazirkan sejumlah RM40 juta untuk membina Empangan Air dan RM25 juta untuk membina 100 buah rumah peserta sedangkan tiada apaapa hasil selepas 3 tahun projek itu berjalan.

Malah terdapat juga dakwaan bahawa kontrak membina empangan tersebut dibuat secara runding terus.

Katanya, kemajuan tanaman getah tersebut hanya statik, dan Felcra juga telah membayar gaji hari kepada peserta antara RM18 hingga RM20 bermula 2007.

Beliau juga mahu kebenaran, sama ada benar sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan untuk projek tersebut untuk 2008, 2009 dan 2010.

“Kita juga mahu siasatan menyeluruh dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab dan mengheret mereka ke muka pengadilan,” katanya sambil menunjukkan senarai nama mereka yang didakwa terlibat.

-DD

Komen Anda

0 Responses to "22 penyelewengan Felcra dikenal pasti"