Thursday, 9 February 2012

Selangor jadi rebutan sengit PRU13

PILIHAN raya umum ke-13 (PRU13) akan menyebabkan di seluruh negeri Selangor menjadi medan tempur bagi parti sama ada bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan juga Parlimen. Tidak terkecua li kepada calon bebas yang yakin mendapat sokongan sebilangan besar pengundi

Dalam kemelut perebutan itu, calon bebas mungkin berjaya mencuri kepercayaan hati rakyat memilihnya berdasarkan kepada apa yang telah berlaku ketika negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PAS, KeADIlan dan DAP) ataupun Barisan Nasional (BN).

Penulis tertarik hati menjadikan negeri Selangor sebagai bahan pemikiran khasnya di kalangan pemimpin dan ahli politik di negeri itu atas beberapa sebab munasabah selain penulis adalah anak Selangor yang sentiasa bergelumang dengan percaturan politik di negeri itu di samping beberapa hal yang wajar diberi perhatian.

Selain terkenal sebagai negeri termaju dan terkaya khasnya di Semenanjung, Selangor juga memiliki pelbagai keistimewaan prasarana bertaraf dunia seperti wujudnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang selain lapangan terbang yang juga bertaraf antarabangsa di Subang serta pelabuhan utama negara di Pelabukan Klang dan Pulau Indah yang tidak kurang menjadi daya penarik pelabur memilih negeri itu sebagai pusat perkembangan perniagaan masing- masing. Walaupun terdapat beberapa pelabuhan lain negara seperti di Puau Pinang dan Johor, tetapi Pelabuhan Klang dan Pulau Indah tetap menjadi keutamaan dan pilihan kepada pelabur.

Keadaan itu menyebabkan Selangor menjadi pilihan utama kepada parti untuk berkuasa dan menguasainya. Ada parti yang tidak kisah kalah di negeri lain, asal saja menang di Selangor yang memang menjadi impian dan idaman setiap parti yang berjiwa besar dan ingin menjadi pemerintah serta membuktikan kebolehan masing-masing kepada memberi kehidupan selesa bukan sahaja kepada pengundi tetapi rakyatnya.

Selangor mempunyai jumlah penduduk kira-kira lima juta orang dan sebahagian besarnya adalah pemastautin yang bukan asli anak atau rakyat Selangor.

Kedatangan PRU13 yang akan datang pasti menjadi medan tempur bagi parti yang berkaitan dan sebagaimana yang umum mengetahui Selangor kini di bawah kuasa Pakatan diketuai oleh Ke- ADILan yang berjaya menumbangkan BN di bawah pimpinan mantan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan itulah yang menjadi kian sengit di akhir-akhir ini kerana BN terutama Umno berhasrat untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan dengan pelbagai alasan termasuk dengan memberi atau meyalurkan peruntukan pembangunan kepada rak yat yang bukan sahaja menelan berjuta tetapi berbilion ringgit.

Barisan Nasional khasnya Umno memang berusaha untuk menumbangkan kerajaan pimpinan KeADILan di Selangor dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor bagi menggerakan strategi Umno khasnya dan BN amnya bekerja kuat bagi menentukan Pakatan dapat ditumbangkan dalam PRU13 ini dan atas nama Najib boleh melaburkan berapa saja jumlah kewangan kepada Selangor asal ia dapat dikuasai semula oleh BN.

Bagi menarik dan meyakinkan rakyat khasnya pengundi di Selangor pelbagai usaha dijalankan termasuk mengadakan bermacam usaha dan lawatan oleh pemimpin atasan Umno-BN termasuk Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang menemui rakyat Selangor supaya mereka (pengundi) memilih calon BN dalam PRU13 nanti dan kononnya janganlah salah pilih lagi sebagaimana yang berlaku dalam PRU12 yang lalu.

Tidak cukup dengan mengadakan lawatan dan pelbagai program mereka juga mengeluarkan pel bagai kenyataan yang muluk-muluk seperti membangun kawasan dan projek terbiar seperti yang berlaku di kawasan Parlimen Hulu Sela ngor, menyelesaikan masalah kutipan sampah, perumahan, prasarana yang terpinggir hingga kepada nasib peniaga kecil bumiputera khasnya di Kompleks PKNS Shah Alam.

Dalam lawatan Najib ke kompleks itu baru-baru ini, beliau berjanji bahawa peniaga di situ tidak akan menghadapi masalah kenaikan sewa sekiranya BN memenangi PRU13 dan memerintah serta berkuasa di Selangor.

Dalam erti lain, meminta supaya peniaga terbabit nanti akan memilih calon BN dalam PRU13 dan segala masalah dihadapi peniaga akan diatasi. Begitu juga dengan jaminan yang diberi oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Dato’ Seri Noh Omar yang bakal membiayai kos peguam sebanyak RM50,000 di mahkamah dalam kes peniaga di kompleks itu dengan kerajaan negeri. Itu kalau BN menang.

Dua contoh itu hanya sebahagian kecil daripada usaha dan janji BN kepada rakyat Selangor yang didakwanya telah bukan sahaja tertipu oleh kerajaan pimpinan KeADILan tetapi juga teraniaya kerana banyak janji yang tidak ditunaikan dan menyusahkan rakyat yang berharap usaha-usaha itu di samping memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan Pakatan akan dapat menambat dan memikat hati rakyat khasnya pengundi supaya memilih calon daripada BN. Beliau tidak terfikir bahawa peniaga di kompleks itu bukan semuanya mengundi di Selangor.

Mereka adalah pedagang yang sebahagian besarnya datang berhijrah dari tempat lain dan mengundi di tempat lain.

Walaupun pemimpin Umno dan BN datang dengan menabur wang serta menjamin bakal memberikan keselesaan dan kemakmuran kepada rakyat sekiranya BN kembali berkuasa di Selangor, tetapi lain pula strategi pihak lawan.

Pihak lawan juga tidak duduk diam sebaliknya berusaha juga seberapa daya bagi mempertahankan kuasa kerana mereka juga sedar sesusahsusah merebut kuasa, lebih susah mempertahankan kuasa.

Rakyat daripada golongan kolar biru hingga kepada rakyat jalanan, mereka mendakwa tidak semudah itu BN akan dapat menawan Selangor kerana kebanyakan rakyat jalanan masih belum lupa kepada pemimpin Umno-BN khasnya yang banyak menyalahgunakan kuasa sewaktu mereka berkuasa.

Mereka (wakil rakyat BN) juga tidak terkecuali daripada melakukan pelbagai kesalahan tetapi juga bersikap kroni dan rasuah dalam bidang kuasa masing-masing. Sebagai contoh, isu kilang haram sejak BN berkuasa di Selangor sehinggalah tersungkur dalam PRU12 yang lalu masih tidak dapat di ‘halal’ kan dan pada ketika itu menteri besarnya asyik dengan kenyataan dan sidang akhbar bahawa tindakan tegas akan diambil. Begitu juga dengan isu pasir dan perusahaan besi buruk yang kebanyakannya pada waktu itu juga beroperasi secara haram.

Hal-hal dan keadaan yang begitu tidak mudah untuk dipadamkan daripada ingatan rakyat dan ia tetap menjadi nostalgia pada setiap pilihan raya umum diadakan walaupun cuba disogok dengan wang ringgit dan dijanjikan dengan projek berbilion ringgit, malah ada di antara mereka mendakwa itu hanya retorik dan apabila mereka berkuasa semula, ia akan menjadi wal usul balik asal dan hal sedemikian tidak boleh dinafikan kerana ianya telah pun berlaku dan dilakukan oleh wakil rakyat BN masa lalu.

Ada juga dakwaan bahawa dengan tiadanya Exco daripada PAS yang juga mantan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Hasan Ali di Dun, BN akan lebih cerah dan mudah mememangi pilihan raya di Selangor khasnya di kawasan Dun Gombak Setia adalah satu andaian semata, kerana walaupun Hasan mempunyai ramai peminat di Selangor tetapi itu dalam memberi ceramah tetapi lain di segi politik. Ketiadaan Hasan dalam PAS mungkin menambah nilai saham PAS di Selangor kerana tidak semestinya peminat beliau adalah pengundi tegar PAS malah penulis difahamkan bukan orang PAS pun meminati ceramah Hasan.

Jadi, ketiadaan Hasan dalam PAS dalam PRU13 ini boleh meningkatkan keyakinan rakyat terutama ahlinya berdasarkan perjuangan mereka sekarang berbanding dengan adanya Hasan yang menjadi duri dalam daging.

Apa pun, penulis mempu nyai keyakinan pertarungan sengit ba kal berlaku di Selangor dan Pakatan Selangor terutama PAS wajar bukan sahaja menyusun strategi yang lebih mantap tetapi juga menandingi apa yang dilakukan oleh Umno-BN kerana mereka (BN) berhasrat untuk merampas Selangor sama ada ‘by hook or by crook’ dan PAS se bagai sebuah parti komponen dalam kerajaan Negeri Selangor, perlu lebih berhati-hati dalam menghadapi lawan masingmasing dalam pilihan raya umum nanti lebih-lebih lagi kerana calon daripada parti itulah yang bakal ditentang habis-habisan oleh Umno dan bukannya calon daripada Ke- ADILan atau DAP. Mengapa?

Jawapannya ada di tangan rakyat dan masanya ialah pada hari mengundi PRU13 nanti. Penentuan siapa yang bakal berkuasa di Selangor ada di hujung jari pengundi.

Oleh RAMLI ADAM (dd)

Komen Anda

0 Responses to "Selangor jadi rebutan sengit PRU13"