Friday, 24 February 2012

Lynas dan hutan kekal yang gondol!

http://aliran.com/wp-content/uploads/2011/08/LynasProtest-2011.jpgKetika ini rakyat tertunggu-tunggu tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. Ada menjangkakan seawal Mac tetapi ramai juga meramalkan bulan Jun. Apa pun semua politik dilihat sudah bersiap sedia menghadapinya. Bilik gerakan telah dibuka, bendera parti dikibarkan di mana-mana.

Di Jengka, kawasan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka bertanding, bendera PAS dan BN sudah dikibarkan di merata tempat. Suasana pilihan raya benar-benar sudah dirasai.

Difahamkan, Majlis Daerah Maran memanggil semua parti politik termasuk PAS berbincang mengenainya. MDM mahu semua parti politik menurunkan bendera masing-masing.

Bendera hanya boleh dipasang seminggu sebelum diadakan program parti. Ia juga boleh dipasang di atas tanah persendirian.

Antara perkara penting bagi memastikan parti politik menang dalam pilihan raya ialah kemampuan dan keberkesanan jentera penerangan. Mana-mana parti yang menguasai media dianggap dapat menguasai pemikiran pengundi.

Itulah sebabnya BN menjadi 'gila' untuk menguasai semua media eletronik dan cetak sebagai alat propaganda sejak dahulu. kini dan selamanya.

Malah media kerajaan (misalnya RTM), yang menggunakan duit pembayar cukai, dikuasai sepenuhnya oleh BN. Itulah sebabnya paparan berita, lebih-lebih lagi semasa pilihan raya, lebih bersifat propaganda kepartian semata-mata.

Berita–berita ketua kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, yang tidak ditadbir BN, digelapkan. Laporan yang disiarkan hanya menjurus kepada BN sahaja.

Jika di negeri yang di kuasa BN, ulasan tentang sesuatu kejadian seperti banjir contohnya akan diulas oleh wakil rakyat tetapi jika di negeri bukan BN ulasan dibuat oleh pegawai kerajaan.

'Kedurjanaan' media berkenaan dapat dilihat apabila mereka menggelapkan berita Menteri Besar Kelantan selama lebih 22 tahun. Bayangkan selama dua dekad Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah muncul di kaca TV untuk bercakap mengenai dasar dan rancangan kerajaanya.

"Tempoh 20 tahun bukan masa yang singkat, Menteri Penerangan silih berganti tetapi mereka tetap serupa ... ya, 'kepala otak BN' tetap sama, tidak munasabah langsung bila tiada slot Tuan Guru bercakap sebagaimana menteri besar negeri lain,” kata seorang pemerhati politik di Temerloh.

Berbicara soal isu-isu panas di Pahang, pastinya tidak terlepas daripada membincangkan isu Lynas. Bagi kerajaan Pahang, Lynas perlu untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri. Pahang yang diperintah Umno sejak 54 tahun lalu dicemuh kerana gagal merancang projek yang benar-benar memberi hasil lumayan kepada kerajaan negeri.

Bajet Pahang defisit sejak berdekad lalu. Hasil balak sudah merudum malah kerajaan Pahang berdepan tindakan undang-undang dan diperintah membayar saman RM63juta.

Bagi BN, Lynas umpama membawa sinar kepada Pahang dengan nilai ekspot RM80 bilion setahun. Lynas dikecualikan membayar cukai selama 12 tahun.
Kepada kerajaan Umno Pahang, apa pun akan diterima asalkan dapat meningkatkan hasil tanpa mengira impak negatif buat alam sekitar dan kehidupan rakyatnya.

Penentang Lynas disifatkan Menteri Besar Pahang sebagai mereka yang sudah ditutup hati, penglihatan dan pendengarannya. Lynas datang ke Pahang kerana kos operasinya murah, termasuk air, berbanding negara asal, Australia.

Di Pahang masih ada sisa balak iaitu di kawasan hutan simpan kekal antaranya hutan simpan kekal Kemasul kawasan tadahan air. Hutan ini telah digondolkan. Ia terletak di dalam Dun Pelangai yang diwakili MB Adnan Yaakub.

Anehnya papan tanda yang mengatakan kawasan berkenaan hutan simpanan kekal masih terpacak walaupun hutannya telah gondol dan digondolkan!

Komen Anda

0 Responses to "Lynas dan hutan kekal yang gondol!"