Sunday, 26 February 2012

Guru Dipaksa Derma Untuk Sekolah

http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2011/11/cikgu1.jpgApabila kerajaan mengumumkan tiada lagi yuran sekolah untuk sesi 2012 dan yuran PIBG perlu dikaji semula dan belum boleh dikutip, yang menjadi mangsa akhirnya para guru yang terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk menanggung perbelanjaan sampingan pengurusan sekolah seperti fotostat kertas soalan peperiksaan dan sebagainya.

Begitu juga sekolah yang berlumba-lumba mendapat anugerah kecemerlangan, para guru sekali lagi menjadi mangsa datang awal dari waktu biasa, balik lewat dari waktu biasa. Apabila para guru tiada lagi keikhlasan dan keseronokan dalam bertugas hanya paksaan, akhirnya yang menjadi mangsa ialah anak-anak kita.

Guru Dipaksa Derma Untuk Sekolah - NUTP
Jumaat Februari 24, 2012

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, sehubungan itu wakil guru sekolah di BatuPahat tersebut telah membuat laporan kepada NUTP Rabu lepas.

Pentabir sekolah dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada 50 guruberkenaan untuk membuat sumbangan berikutan kenaikan gred mereka ke gred tersebut.

"Tujuan kutipan wang tersebut tidak diberikan penjelasan yang lengkap dan kaedah pengumpulan itu hanya tertera kepada guru yang memegang jawatan itu," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Hashim berkata, sebarang kutipan wang dari pihak sekolah, sama ada melibatkan guru atau ibu bapa perlu mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran.

"Segala urusan pengumpulan wang harus mempunyai persetujuan semua pihak terutamanya bagi yang terlibat dan pihak sekolah perlu mengeluarkan keterangan lengkap berkenaan kegunaan wang itu," katanya.

Hashim turut membangkitkan mengenai aduan daripada guru-guru sebuah sekolah di Senai, Johor yang dipaksa hadir di sekolah 15 minit sebelum pukul 7 pagi, berbeza dengan peraturan biasa yang guru hanya harus berada di kawasan sekolah pada 7.40 pagi atau 7.50 pagi.

"Guru-guru ini terpaksa keluar lebih awal dari rumah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau di rumah penjaga anak sebelum bergegas untuk ke sekolah," katanya.

Beliau berkata, ini secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada guru dan menganggu keberkesanan pengajaran mereka di bilik darjah. - BERNAMA

Sumber: mstar.com.my

Komen Anda

0 Responses to "Guru Dipaksa Derma Untuk Sekolah"