Wednesday, 8 February 2012

BN Kitar Semula Janji Lama

NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah, mengharapkan Adun Melalap Datuk Radin Malleh menunaikan janji berhubung pembinaan Pekan Kecil Melalap kerana kenyataan seumpama itu sudah berulang-ulang sejak tahun 2008 lagi tanpa penghujungnya.

Malahan tegas Jimmy, selepas pilihanraya umum kali ke-12 (PRU12) cadangan itu hilang begitu sahaja, sedangkan perkara tersebut turut diwar-warkan mereka ketika musim berkempen pada PRU12.

Bagaimana pun katanya, beliau berharap ianya menjadi kenyataan kerana rakyat telah pun bosan menunggunya dimana setiap menjelang pilihanraya umum janji seperti itu menjadi permainan dibibir setiap pemimpin seterusnya disifatkannya sebagai 'recycle promises'.

“Syabas kepada Barisan nasional (BN) terutamanya Datuk Radin kerana akhirnya mengkotakan janji janjinya,” kata beliau dalam satu kenyataan di Tenom, pada selasa.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Melalap berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Radin sepertimana yang dilaporkan media tempatan yang bertajuk 'New Melalap Township On The Cards' keluaran pada selasa.

Dalam pada itu, mengenai dengan peruntukan RM15 juta untuk pembinaan jambatan menyeberang Sungai Pegalan di lokasi Pusat Kebudayaan Murut sebagai laluan pintas dan rangkaian jalanraya menuju ke Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang sebelum ke pekan Tenom Jimmy berkata;

“Rakyat di sini akan melihat dan menilai sendiri bagaimana janji kerajaan BN pada kali dari aspek kejujurannya kerana akan diterjemahkan oleh rakyat itu sendiri dalam memutuskan keyakinan mereka; lebih-lebih lagi Radin menjadi wakil rakyat di sini tidak kurang daripada 22 tahun,” tegas Jimmy.

Persoalannya sekarang, segala-galanya di tangan rakyat untuk menuntut kerajaan supaya projek yang dijanjikan itu dilaksanakan sebelum PRU13 atau apakah rakyat masih yakin projek yang dijanjikan itu masih di atas kertas.

Oleh : JACKSON LU (sabahkini)

Komen Anda

0 Responses to "BN Kitar Semula Janji Lama"