Monday, 23 January 2012

PM : Tiga bulan kaji SBPA

http://2.bp.blogspot.com/-9iK5A2HnkGE/TenQKLdPFCI/AAAAAAAABzk/owrNSXsjGec/s1600/Najib-Razak.jpgPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata, skim baharu berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.

"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di sini semalam.

Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Najib berkata, kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan.

Perdana Menteri baru-baru ini mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam. -Kosmo

Komen Anda

0 Responses to "PM : Tiga bulan kaji SBPA"