Thursday, 26 January 2012

Negara Berkebajikan bakal lemaskan BN

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.12070.1323746364!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpgSATU perkara yang perlu PAS gerakan sekarang ialah memberi secukup-cukupnya penjelasan kepada rakyat mengenai Konsep Negara Berkebajikan yang menjadi asas perjuangan parti.

Jika tidak, Umno (baca: BN) akan memutar belitkan slogan ini, kononnya mereka sudah lama mengamalkan negara berkebajikan tetapi dalam masa yang sama, masih terdapat mereka yang miskin tegar, ketinggalan dalam pelajaran dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi kerana halangan kedhaifan.

Bayangkan selepas Umno-BN yang dulu dikenali dengan nama Perikatan memerintah negara ini, sejak pilihan raya pertama diperkenalkan, sehingga hari ini mereka tidak mampu untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemerintah yang efisien.

Umno-BN terkejut besar bila PAS mengumumkan mahu mendirikan negara berkebajikan kerana Umno tidak terfikir bahawa PAS terfikir sejauh itu.

Apa tidaknya, sudah berapa ramai Menteri Kebajikan Masyarakat, dari ada menjual tiket loteri kebajikan hinggalah kepada tiada penjualan tiket loteri, orang miskin, mereka yang ketinggalan dan hidup dalam kandang kambing masih lagi ramai di negara ini.

Jika kebajikan rakyat cukup dijaga oleh Umno-BN, mana mungkin bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Umno bahagian yang diketuai oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak boleh bertindak meninggalkan Umno dan menyertai DAP?

Kebajikan ini sebenarnya bukan duit. Kebajikan ini sebenarnya bukan bantuan.

Kebajikan ini sebenarnya bukan membaiki rumah yang rosak dan kebajikan ini bukan rumah yang diancam ribut dan taufan.

Kebajikan ini ialah sesuatu yang didatangkan kepada mereka yang memerlukan dan berhak menerimanya.

Orang kaya juga memerlukan kebajikan jika kebajikan itu tidak disempitkan pengertian dan terjemahnya.

PAS layak menjadi parti yang membawa asas perjuangan menubuhkan sebuah negara berkebajikan. Berkebajikan dari segi Islam dan tidak menzalimi sesiapa, walaupun mereka bukan dari kalangan sebangsa dan seagama.

Malangnya, dalam Umno-BN, mereka akan berkata, merekalah yang membawa kebajikan kepada orang Melayu dan umat Islam, jika mereka berdepan dengan audien Melayu yang beragama Islam. Tetapi dalam masa yang sama, mereka terlupa masih ramai pelajar-pelajar terpaksa mengutip derma untuk menyambung pelajaran ke luar negara, khususnya yang mahu mendalami ilmu agama.

Lupakan kisah semalam, termasuk kemenangan perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana Allah sudah mempermudahkan banyak kerjakerja yang sedang PAS lakukan. Apa tidaknya, walau banyak mana halangan dan rintangan, segala-galanya sudah dapat diatasi dengan mudah.

Allah memberi kebajikan yang bukan sedikit kepada PAS yang selama ini terpaksa bergelut dengan kisah seorang bekas pesuruhjaya (Dr Hasan Ali) yang terpaksa dipecat keahliannya.

Hari ini, Umno yang meroyan bila mereka hilang banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Habis mereka serang dan habis mereka ungkit. Bagi mereka, mereka tidak wajar kalah dan mereka tidak patut kehilangan banyak kerusi.

Mereka lupa, apa yang berlaku kerana sikap mereka yang sombong bila berdepan dengan rakyat. Mereka terlibat dengan rasuah dan mereka rampas harta rakyat. Bila rakyat mulai sedar, rakyat menghukum mereka.

Waktu itu, mereka menyalahkan media baru, kononnya media baru menyebabkan mereka tewas. Itulah sebabnya, Umno cukup bimbang dengan PAS yang mahu mendirikan sebuah negara berkebajikan. Bagi Umno-BN jika konsep ini diterima rakyat, maka peluang Umno mempertahankan Putrajaya sudah.

-DD

Komen Anda

0 Responses to "Negara Berkebajikan bakal lemaskan BN"