Wednesday, 25 January 2012

Hutang Sabah Kini RM82.5 Bilion?

MENURUT Pakar-Pakar Ekonomi UBF, jumlah hutang Sabah kepada Malaya atas nama Persekutuan sebanyak RM82.5 bilion.

Maksudnya, sekiranya perbelanjaan RM4 bilion untuk Kementerian Kesihatan itu disalurkan ke Sabah atas nama Persekutuan (Malaya), maknanya hutang Sabah kepada Persekutuan (Malaya) bertambah kepada RM86.5 bilion.

Menurut pakar-pakar ekonomi UBF lagi, hasil Sabah setiap tahun sebanyak RM35 bilion. Tetapi, Malaya ambil 95% atas nama Persekutuan. Jadi, purata jumlah hasil Sabah yang Malaya ambil setiap tahun ialah RM33 bilion.

Persoalan kita ialah, dengan lebihan hanya 5% hasil Sabah untuk Sabah; bila hutang Sabah kepada Persekutuan (Malaya) boleh habis bayar? Sekiranya semua hasil Sabah menjadi milik Sabah yang berjumlah RM35 bilion itu, berapa banyak agaknya pusat kesihatan yang boleh dibina? Berapa banyak agaknya sekolah yang boleh dibina? Berapa banyak agaknya universiti yang boleh dibina?

Justeru, apa erti kemerdekaan Sabah dari British jika 95% hasil Sabah dipunggah ke Malaya atas nama Persekutuan? Malahan, apa beza penjajahan British ke atas Sabah dengan pemunggahan 95% hasil Sabah ke Malaya atas nama Persekutuan?; atau hanya bertukar istilah penjajahan British ke atas Sabah kepada penjajahan Malaya dengan bahasa yang lembut Persekutuan?

Salam Hormat,

NASPAZI

Komen Anda

0 Responses to "Hutang Sabah Kini RM82.5 Bilion?"