Saturday, 28 January 2012

Himpunan anti-murtad di Pulau Pinang

Himpunan Pertubuhan Islam (HIMPUN) meneruskan perhimpunan yang ke-4 di Pulau Pinang pagi ini, bertempat di Dewan Budi Penyayang, Kepala Batas.

himpun rally in penang crowdSebelum ini, HIMPUN telah mengadakan perhimpunan di Selangor, Perak dan di Negeri Sembilan.

Menurut pihak penganjur, perhimpunan di Pulau Pinang itu adalah untuk memperkasakan Islam, mempertahankan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, menyelamatkan akidah dan mencegah murtad dan homosek.

Orang ramai telah berhimpun di dewan tersebut untuk mengikuti majlis itu yang dijadual berlangsung selama tiga jam - dengan orang lelaki duduk di sebelah kanan dan wanita di sebelah kiri pentas.

Suasana meriah dirasai dengan beberapa gerai menjual makanan dan minuman dan peralatan umat Islam dibuka di luar dewan, di mana golongan belia dilihat bertumpu ke pameran kerjaya dan buku.

hafiz nordin (left hand in white) himpun rally in penangPerhimpunan tersebut sepatutnya dirancang menarik lebih 20,000 orang dari seluruh Pulau Pinang dan Kedah. Pada jam 10.30 pagi, sekitar 2,000 orang sudah mengisi dewan tersebut.

Beberapa penceramah termasuk bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Hafiz Noordin (duduk kiri); Presiden, Teras Mohd Azmi Abdul Hamid, timbalan penganjur HIMPUN, Abdullah Zaid berucap kepada para hadirin.

Intipati ucapan mereka tertumpu kepada kebimbangan umat Islam terhadap ancaman murtad, kelemahan iman masyarakat Islam dan usaha untuk mempertahankan Islam.

himpun in penang azahar ibrahim among the crowdDatuk Dr Hasan Ali, bekas exco Selangor yang baru-baru ini dipecat dari PAS, adalah penceramah terakhir di majlis tersebut.

Beliau mempertikaikan jumlah hadirin yang dilaporkan oleh Malaysiakini, dengan berkata jumlahnya ialah sekurang-kurangnya 3,000, dengan beberapa ADUN Umno, termasuk ketua pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim.

Beliau turut mengecam media berkenaan yang didakwanya sering memberi gambaran yang salah tentang bilangan peserta di perhimpunan HIMPUN, dengan mengatakan bahawa salah satu perhimpunan yang diadakan di Shah Alam telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 25,000 orang dan bukan 5,000 seperti yang dilaporkan. -MK

Komen Anda

0 Responses to "Himpunan anti-murtad di Pulau Pinang"