Friday, 27 January 2012

Gempar : Lagi Video Seks Terbaru?

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/06/video-fitnah-copy1.jpgAWAL Januari lepas, laman ini telah mendedahkan akan kewujudan video seks kedua yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dua orang pelacur pula yang katanya dirakam di Thailand.

Hari ini, akhbar milik UMNO pula menyiarkan kenyataan muka depan oleh Datuk Shuib Lazim, supaya Anwar melantik pakar antarabangsa untuk menganalisa kesahihan video pertama yang diedarkan kepada media pada Mac 2011.

Di dalam kenyataan yang sama, Shuib juga mendakwa bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut mempunyai video kedua yang didakwanya ‘lebih dahsyat’ dari video yang pertama.

(Shuib dan Eskay bersama-sama dengan Tan Sri Rahim Tambi Chik adalah 3 orang yang menggelarkan diri mereka Dato T (Trio) yang mendedahkan video seks pertama kepada sekumpulan wartawan pada Mac 2011).

Penulis sudah mengagak, selepas Anwar dibebaskan dari pendakwaan kes fitnah liwatnya, akan ada usaha berterusan untuk menjatuhkan reputasi beliau secara berterusan dengan akhbar Utusan Malaysia mengetuai gerakan tersebut.

Halaman muka depan biasanya untuk menyiarkan berita-berita menggemparkan dan sensasi tapi Utusan sanggup mengenepikan kebiasaan itu untuk memberi ruang kepada berita politik yang hanya menguntungkan UMNO/BN sahaja.

Apa sekalipun, penulis menggesa Datuk Seri Anwar supaya mengemukakan saman kepada Datuk Trio ini yang kelihatannya tidak serik memfitnah beliau walaupun telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda pada Mei 2011 kerana mendedahkan video seks itu kepada sekumpulan wartawan.

Utusan Malaysia juga patut disaman kerana menjadi medium penyiar kepada fitnah ini, tambahan ke atas saman RM 150 juta yang difailkan di Mahkamah minggu lepas.

Ada masanya penulis tidak faham kenapa Anwar tidak langsung menyaman Trio Datuk T ini walaupun mereka telah terang-terangan menyiarkan video seks dan kemudian membabitkan dirinya sebagai pelaku.

Jika Anwar boleh menyaman Utusan kerana membuat tafsiran salah mengenai kenyataannya kepada BBC pada 12 Januari, kenapa pula Anwar tidak menyaman Trio Datuk T yang secara terbuka menyebarkan video yang mengaitkan dirinya?

Kegagalan itu menyebabkan puak-puak ini semakin berani dengan mengugut untuk menyebarkan video yang kedua pula.

Penulis ingin menasihatkan pasukan pembelaan Anwar, rakyat melihat Anwar sebagai seorang yang berani apabila mengemukakan saman kepada sesiapa jua yang cuba menjatuhkan maruah dan imej beliau sebagai bakal pemimpin negara. Ini terbukti apabila Anwar menyaman Tum Mahathir dan Saiful Bukhari kerana memfitnahnya sebagai homoseksual dan terlibat dalam kegiatan liwat.

Justeru apabila Anwar gagal menyaman beberapa individu tertentu walaupun mereka terang-terangan menjatuhkan imejnya, masyarakat beranggapan ada sesuatu yang cuba disembunyikan Anwar dengan tidak menyaman mereka.

Itulah persepsi masyarakat sekarang, sama ada kita mahu menerimanya atau tidak dan penulis berpendapat ia seharusnya diperbetulkan segera dengan Anwar menyaman Dato Trio ini secepat mungkin.

Oleh : AZMAN ARIFFIN

Komen Anda

0 Responses to "Gempar : Lagi Video Seks Terbaru?"