Friday, 27 January 2012

Benarkah UMNO-BN Bankrap?

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan ketidak cekapan Kerajaan UMNO-BN mentadbir negeri Sabah sehingga banyak pembangunan tergendala, terutama disebabkan kebanyakan projek diberikan kepada kontraktor yang tidak layak kerana 'Projek Top-Up'.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi menyatakan sehingga ke hari ini Jambatan Sapagaya di Lahad Datu gagal disiapkan setelah tergendala begitu lama, sedangkan Lebuhraya Berkembar sudah lama siap.

"Mungkinkah UMNO-BN sudah bankrap sehingga tidak mampu membayar tuntutan kontraktor kerana kita dimaklumkan projek berkenaan lambat siap disebabkan kontraktor belum dibayar? Benarkah?," tanya Citra sambil menggesa Jabatan Kerjaraya memberi penjelasan kenapa projek berkenaan tergendala.

Citra menegaskan, JKR hendaklah menjelaskan sama ada denda ada dikenakan kepada kontraktor terbabit kerana beliau percaya dilakukan oleh subkontraktor.

"Para pengguna jalanraya mahu tahu bila jambatan ini boleh siap dan kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap kontraktor. Tidak patut betul kerana jalan sudah siap tetapi jambatan masih tergendala," kata Citra dengan nada kesal.

Menurut Citra, para pengguna jalanraya berkenaan yang menghadapi masalah perhubungan akibat jambatan berkenaan menghubungi beliau setelah aduan mereka kepada JKR, Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam tidak diendahkan.

Oleh : AHMAD LAZIM (sabahkini)

Komen Anda

0 Responses to "Benarkah UMNO-BN Bankrap?"