Monday, 30 January 2012

Awan Nano Juara Lagu AJL26

http://2.bp.blogspot.com/-cOQ4ASGax5A/Tx55Joa95XI/AAAAAAAAB-k/JKQ_Hd9ein8/s400/Anugerah+Juara+Lagu+26.jpgLagu Awan Nano nyanyian Hafiz dinobatkan sebagai Juara Lagu dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-26. Lagu ciptaan sifu M.Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat ini menerima hadiah berjumlah RM35000 berserta trofi.

Sebelum itu, Hafiz juga dinobatkan sebagai penyanyi Vokal Terbaik. Dengan gaya yang simple memakai baju dan seluar ala-ala seorang budak kampong tetapi memberikan nyanyian vokal yang mantap menjadikannya menerima hadiah berjumlah RM10000 berserta trofi.

Naib Juara pula dinobatkan kepada gabungan 3 Suara iaitu Sheila Hamzah, Ning Baizura dan Jacklin Victor dengan lagu dendangan mereka bertajuk "Beribu Sesalan". Mereka membawa pulang hadiah berjumlah RM15000 berserta trofi.

Manakala tempat ke-3 pula adalah milik Faizal Tahir dengan lagunya "Karma". Dengan persembahan yang mantap membolehkan Faizal Tahir membawa pulang hadiah bernilai RM12000 berserta trofi.

Alyah pula dinobatkan sebagai penerima anugerah Persembahan Terbaik melalui lagu "Kisah Hati". Dia menerima hadiah bernilai RM10000 berserta trofi.

Satu anugerah yang baru diperkenalkan di dalam AJL26 ini ialah Anugerah Juara Mobile Celcom. Anugerah ini diberikan kepada lagu yang paling banyak nada deringnya di download melalui laman web "Thecube". Anugerah ini diberikan kepada lagu "Sedetik Lebih" ciptaan Edry KRU.

Terdapat 12 lagu yang berentap di dalam AJL 26 ini. Lagu lain yang turut bertanding ialah Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Gadis Semasa & Penakut (Yuna), Kalau Berpacaran, Cinta Muka Buku (Najwa Latip),dan Sungai Lui (Aizat).

Oleh : Mus (Malaysiadaily.net)

Komen Anda

0 Responses to "Awan Nano Juara Lagu AJL26"