Thursday, 15 December 2011

Winnable Candidate vs Pemimpin Tercela?

SURAT Terbuka ini saya tujukan khas buat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Nasir Tun Sakaran yang dikategorikan sebagai ‘Winnable Candidate’ tetapi di kalangan masyarakat akar umbi mereka ditohmah sebagai ‘Pemimpin Tercela’.

Selaku Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, merangkap Pengerusi Komuniti 1Malaysia Zon Tampi-Tampi Semporna; saya telah didatangi oleh beberapa Ketua Cawangan, Ketua Kampung dan beberapa lapisan masyarakat serta NGO berhubung kepimpinan Datuk berdua.

Mereka melahirkan rasa kesal kerana Datuk kurang memberi perhatian terhadap pengagehan projek PPRT, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Bersih, Jalan Raya, Gelanggang Futsal, Dewan Masyarakat, Pembaikan Surau, Pembahagian Enjin Bot dan sebagainya.

Sebagai pemimpin UMNO di peringkat akar umbi saya turut kecewa kerana Datuk gagal membangunkan Semporna dalam hakikat sebenarnya, terutama Tampi-Tampi walaupun sudah lama menjadi Menteri Penuh.

Sehubungan itu, saya menggesa agar Datuk berdua dapat turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat kerana sukar bagi kami berkempen untuk Datuk berdua jika isu yang dibangkitkan tidak dapat diselesaikan.

Sebagai ‘Winnable Candidate’ yang disayangi Perdana Menteri, kami tidak mahu Datuk berdua terus ditohmah sebagai ‘Pemimpin Tercela’ kerana mengabaikan tugas kepada kawasan Datuk sendiri.

Saya memohon maaf kerana terpaksa meminta Sabahkini.net menyiarkan isu ini disebabkan SMS dan surat saya kepada Datuk berdua langsung tidak dijawab. Saya lebih sayangkan UMNO daripada Datuk berdua sekalipun Datuk-Datuk telah direstui Perdana Menteri, tetapi suara akar umbi adalah penentu kemenangan Datuk dalam pilihanraya umum akan datang.

Salam Hormat,

AZIZUL SANARUL

Komen Anda

0 Responses to "Winnable Candidate vs Pemimpin Tercela?"