Katanya, Hasan juga adalah ahli exco tunggal yang membela Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian.
“Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.”
Justeru, menurut Zaini dalam kolum 'Cuit', Hasan mempunyai kelebihan dan dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan dengan menyatukan secara politik PAS dan Umno

Sebagai bukti, sokongan sultan dan pengiktirafan kepada exco PAS itu, Zaini menyentuh mengenai spekulasi bahawa Hasan akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor pada Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, minggu depan
“Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?
“Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Hasan? Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan,” katanya lagi. -MK
Komen Anda
0 Responses to "Utusan Puji Hasan Ali 'Penyelamat Selangor'"