Thursday, 15 December 2011

Senjata Terakhir Bn,Anwar Dalam Penjara!

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/Anwar_Ibrahim-edited.jpg/220px-Anwar_Ibrahim-edited.jpgPada pilihan raya umum 1999, Dato Seri Anwar berada dalam penjara, tetapi hampir separuh sokongan orang Melayu beralih kepada parti pembangkang kerana simpati dengan nasib yang menimpa Anwar.

Terengganu berjaya ditawan parti pembangkang PAS disamping mempertahan Kelantan.

Tun Dr Mahahtir BN masih mendapat sokongan sebahagian besar pengundi Cina dan India kerana berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis mata wang. BN masih mampu mendapat kemenangan dua pertiga

Bagaimanapun beberapa tokoh UMNO kecundang ditangan PAS atau PKR.

UMNO dan BN hanya menang tipis di negeri Selangor, Perak, Penang dan Kedah.

Menjelang PRU 2008, Anwar telah dibebaskan dari penjara tetapi masih belum layak bertanding. Sebelum PRU 2008, terdapat 5 by-election termasuk yang terakhir di Ijok, semua kelima-lima kawasan di menangi BN.

BN menghadapi PRU 2008 dengan keyakinan amat tinggi tetapi Pakatan Rakyat telah membuat kejutan dengan memperolehi 83 kerusi parlimen atau 46.75% popular votes. BN memperolehi 140 kerusi tetapi kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen.

Negeri Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang berjaya ditawan PR disamping mempertahankan Kelantan. BN hanya menang dua kerusi di WP (tidak termasuk Labuan).

Walaupun tanpa Anwar, majoriti pengundi bukan Melayu telah memberi kemenangan kepada PAS, PKR dan DAP.

Menjelang PRU13, berlaku 16 by-election. 8 dimenangi BN, 8 dimenangi PR. Sama kuat dan masing-masing bersedia bertempur untuk grand finale iaitu PRU13.

Melihat kekuatan PR daripada keputusan by election, kepimpinan BN terpaksa mempertimbangkan dua alternatif: Pertama membiarkan Anwar bebas. Kedua, masukkan Anwar semula dalam penjara.

Kepimpinan BN yang menganggap pilihanraya ini sebagai IBU kepada semua pilihan raya. BN mengambil risiko masukkan Anwar dalam penjara. Dengan harapan jika berlaku tunjuk perasaan dan rusuhan, darurat akan diumumkan dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain akan dipenjarakan bersama-sama Anwar.

Inilah proses demokrasi yang terbaik kepada BN. Lawannya masuk penjara sebelum mengadakan pilihan raya umum.

Andaikata, tidak berlaku rusuhan atau tunjuk perasaan, strategi kepimpinan UMNO ialah menarik semula sokongan pengundi Melayu.

Dengan menghalang Anwar bertanding, mereka berharap lebih mudah propaganda UMNO kepada orang Melayu mengatakan jika PR memerintah, orang Melayu tidak akan menjadi PM.

Pengundi Melayu yang mengharapkan Anwar menjadi PM akan kembali menyokong UMNO!

Masukkan Anwar dalam penjara adalah strategi terakhir BN untuk terus berkuasa di bumi Malaysia.

http://muslioli.blogspot.com

Komen Anda

0 Responses to "Senjata Terakhir Bn,Anwar Dalam Penjara!"