Wednesday, 7 December 2011

PRU13: Ledakan maklumat dan kempen media baru

http://4.bp.blogspot.com/_mFe4nvV0PXc/TMlHRejRabI/AAAAAAAAAGc/5ixROMuECWY/s400/internet.jpgPENGURUSAN media baru yang berkesan merupakan strategi ampuh bagi mengisi peluang ‘ledakan maklumat yang merentasi sempadan’ sekarang ini. Media lama bersifat cetakan (seperti akhbar) dan elektronik (seperti televisyen) merupakan tatapan harian masyarakat yang celik maklumat. Ia dilihat boleh mengkayakan maklumat dan peristiwa yang berlaku pada setiap hari.

Namun begitu, media lama dilihat terbatas bagi golongan yang sibuk, berpejabat dan bekerja ketika waktu puncak (prime time).

Maka golongan ini dikatakan lebih akses dengan maklumat saluran alternatif yang dicetus oleh media baru. Ini kerana media baru lebih bersifat mesra masa dan tugasan.

Ia bermaksud, capaian maklumat menerusi media baru boleh dibuat ketika masa luang, kerehatan sementara dan seketika menunggu mesyuarat bermula serta ketika menunggu pelanggan, tetamu atau acara berlangsung.

Justeru itu, capaian maklumat menerusi gadget atau widget yang berorientasi smart telecommunications adalah sesuatu yang menepati dalam strategi mengatasi jurang maklumat (information gap). Ini merupakan budaya capaian maklumat golongan sibuk yang perlu diberi perhatian oleh jentera pilihan raya semua parti politik.

Menguasai golongan sibuk Berdasarkan peluang dan budaya meraih maklumat sedemikian, jika PAS ingin memanjangkan maklumat perjuangan kepada golongan pengguna smart telecommunications, bidang media baru harus diurus secara terbaik.

Ini bermaksud, PAS hendaklah mengisi ruang media baru dengan melonggok segala-gala maklumat ke dalam facebook, blog, onlines news atau apa sahaja laman web sosial yang berorientasikan maya (virtual)atau siber (cyber). Atas kepentingan ini, jentera kempen PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 seharusnya dapat mengaktifkan unit penggempur siber (cyber warriors) yang boleh berperanan secara bijaksana (smart). Antara peranannya adalah menguasai golongan sibuk.

Unit penggempur siber dikira relevan dalam konteks golongan sibuk kerana mereka begitu mesra dengan alat telekomunikasi (gadget, widget) yang mengandungi sistem aplikasi facebook, blog onlines news. Alat seperti Blackber r y, iPhone dan iPad yang sentiasa berada di tangan, sudah pasti menjadi peluang terbaik.

Maka, tugas melonggok segala maklumat semasa yang bertujuan menerang, menyebar dan mempengaruhi masyarakat wajar diurus dengan baik. Lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang ini, rata-rata perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah) sedang bertempur dengan provokasi, manipulasi dan serangan persepsi yang negatif.

Sementelah pula, rancangan pihak BN yang bertuankan Umno sudah melakukan kempen media dan menetapkan agenda setting strategi ciptaan pelbagai isu atau semula peristiwa untuk memburukkan prestasi PAS dan Pakatan Rakyat.

Matlamat agenda setting BN bertuankan Umno itu tidak lain adalah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat supaya menolak prestasi terbaik Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Oleh itu, ruang terbaik bagi menangkis serangan ciptaan isu itu adalah terletak atas bahu unit penggempur siber kerana ruang siber yang kaya dengan pelbagai maklumat maya patut dikuasai sepenuhnya. Pelan penguasaan maya Berdasarkan perkembangan semasa, media baru yang banyak dimanfaatkan oleh massa adalah facebook blog. Meskipun, disedari pengaruh papan tanda kempen (billboard), sepanduk (banner), papan iklan elektronik (electronic screen) dan bahan sebaran (pamplets) dilihat juga mesra massa. Apa pun semua media yang berpengaruh ini (papan tanda, sepanduk dan bahan sebaran), kesemuanya boleh dilonggok (uploading) di dalam facebook dan blog secara digital dan siber. Ini kelebihan sistem aplikasi facebook dan blog.

Sehubungan itu, jentera pilihan raya PAS di semua peringkat perlu merangka pelan penguasaan maya yang mengutamakan pendekatan siber. Maka unit penggempur siber PAS adalah bertanggungjawab mengumpulkan kepakaran untuk menguasai medan facebook dan blog.

Asasnya ialah di dalam facebook atau blog amat mudah memasukkan (menghubungkan) jaringan tempelan (link) berupa kumpulan sembang (group), iklan, senarai rakan, keahlian, menyenarai blog yang diminati, arkib, meletakkan pages rakanrakan.

Begitu pula, urusan lampiran, menerima ruang posting, paparan dinding dalam blog atau facebook amat mudah dibuat menggunakan gambar (berupa sepanduk, billboard, wajah atau apa-apa rakaman foto) secara digital. Ia disokong lagi dengan paparan imej maya yang amat jelas dan menarik.

Kesemuanya amat mesra (touching) dengan emosi, pemikiran dan keyakinan semua pengunjung facebook dan blog. Kelebihan ini harus dimasukkan sebagai pelan penguasaan maya jentera pilihan raya PAS (unit penggempur siber) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

>> Penulis adalah Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan.

Komen Anda

0 Responses to "PRU13: Ledakan maklumat dan kempen media baru"