Tuesday, 13 December 2011

PRU 13 : Hasan Ali Jadi Isu Di Selangor?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak dakwaan media kononnya parti islam itu mengugurkan Exco Selangor, Hassan Ali daripda menjadi calon pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Abdul Hadi berkata pihaknya kini dalam perbincangan akhir menetapkan senarai calon untuk disenaraikan bertanding pada PRU yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Tarikh sebenar pilihanraya umum (PRU-13) belum diumukan, soal penetapan calon tidak timbul, jadi untuk mengetahui siapa yang tercalon kita tunggu pengumuman tarikh pilihanraya,"katanya.

Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Dokumen Negara Berkebajikan di ruang legar kompleks PKNS Shah Alam hari ini.

Hari ini akhbar Mingguan Malaysia melaporkan terdapat sumber-sumber yang mengesahkan bahawa Hassan Ali disingkirkan oleh Pas Selangor sekaligus pas Pusat merestui penguguran nama beliau untuk PRU akan datang.

Media arus perdana itu juga melaporkan PAS turut mengugurkan beberapa pemimpin PAS yang antaranya bekas Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Mengulas lanjut perkara ini, Abdul Hadi bertegas apa yang dilaporkan itu bukan dari keputusan PAS tetapi hanya semata-mata dakwaan media milik Umno yang ketiadaan isu selain sengaja mahu memecah belahkan PAS dan gabungan Pakatan Rakyat.

Komen Anda

0 Responses to "PRU 13 : Hasan Ali Jadi Isu Di Selangor?"