Friday, 2 December 2011

Penipuan : MP Silam vs MP Machinery?

SEJUMLAH RM649,850.00 daripada peruntukan RM1 juta Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi pada tahun lalu dikenalpasti telah dibaham oleh MP Machinery untuk melaksanakan projek yang ‘tidak wujud’ melainkan di atas kertas dan mengagehkan wang ala kadar untuk menandatangani invois penerimaan barang.

Timbalan Ketua Penerangan AMK PKR Sabah, Citra Masadi, ketika mendedahkan perkara berkenaan setelah mendapat maklumat daripada tim pemantauan AMK PKR kesal kerana peruntukan parlimen telah dikenduri antara MP Machinery dan MP Silam; sebaliknya pembekal lain seperti Superstar Supplier, Chai Hoe, Yeo Advertising dan sebagainya menggigit jari disebabkan hutang mereka tidak dibayar sejak 2008.

“Kita dapat maklumat, setiap kali peruntukan datang, terus disalurkan kepada MP Machinery sehingga ada Ketua Cawangan UMNO memaklumkan kepada kita bahawa Salleh Kalbi pernah dikutuk bekas pegawainya di hadapan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie di Masjid Bandar Lahad Datu,” kata Citra yang mendapat maklumat bahawa Salleh masih berhutang RM1.2 juta daripada tiga pembekal utama iaitu Superstar Supplier, Yeo Advertising dan Chai Hoe.

Kata Citra, mengikut modus operandi yang dilaksanakan MP Machinery, sebaik sahaja menerima surat kelulusan daripada Pejabat Ahli Parlimen Silam, pihaknya didatangi penerima atau bakal penerima yang ditawarkan atau meminta wang tunai antara 10 hingga 30 peratus daripada nilai barang yang diluluskan kepada mereka.

“Majoriti kami mengambil wang kerana susah mau bawa zing. Lagipun bikin apa zing kalau bikin gaduh sahaja. Baik ambil wang tunai,” akui seorang Ketua Cawangan UMNO yang tidak berpuas hati kerana dijanjikan projek jalan kampung tetapi akhirnya diberikan zing 500 keping.

Menurut Ketua Cawangan itu, ramai rakannya juga tidak berpuas hati dengan agenda politik wang yang diamalkan Salleh terutama untuk membeli kesetiaan mereka terhadap Ketua UMNO Bahagian Silam, terutama setelah kalah dalam pemilihan dan kini sengajar mengucarkacirkan sokongan Ketua Cawangan dengan menawarkan projek atas angin.

“Dia beri kami terimalah. Rezeki mana boleh ditolak. Undi atau sokongan soal lain. Kalau kami sokong dia, bermakna rasuah, tetapi kalau kami terima dan tidak sokong dia, itu memang hak kami,” kata Ketua Cawangan itu lagi yang menyebut MP Machinery keterlaluan memotong harga kerana mereka hanya menerima RM5 sahaja bagi sekeping zing berharga RM13.50.

Citra turut memaklumkan, beliau mengharapkan agar SPRM membongkar rahsia di sebalik enigma berhubung pemilikan Hotel Silam Dynasty kerana kebanyakan peruntukan Salleh Kalbi dilaburkan untuk pengubahsuaian hotel ini melalui pembekalan barang-barang atas angin!

Siasatan juga kata Citra, haruslah ditumpukan kepada bagaimana Salleh menggunakan pengaruhnya sebagai Ahli Parlimen untuk mendesak Majlis Daerah Lahad Datu tidak mengambil tindakan terhadap Hotel Silam Dynasty kerana pelan ubahsuai tidak diluluskan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Dalam pada itu, Citra turut menyerahkan senarai pembekalan barang keperluan kepada 29 penerima yang bernilai RM649,850; kononnya dibekalkan oleh MP Machinery kepada penerima, sedangkan pada hakikatnya hanya segelintir sahaja menerima barang dan majoritinya menerima wang tunai.

“Perkara ini berterusan sejak Salleh menjadi Ahli Parlimen pada Mac 2008,” kata Citra yang mengesahkan bahawa pemilik MP Machinery, Mr Ting, adalah rakan sekolah Salleh.

Berikut senarai penerima daripada peruntukan khas Ahli Parlimen Silam;

Rujuk di Sabahkini

Komen Anda

0 Responses to "Penipuan : MP Silam vs MP Machinery?"