Sunday, 18 December 2011

Indonesia tertawa bila Malaysia bicara soal demokrasi.

Jika tuntutan rakyat Indonesia menuntut perubahan atau reformasi pada tahun 1998 tidak berjaya, barangkali sehingga hari ini Golkar masih menjadi kerajaan yang memerintah Indonesia.

Jika ada yang berubah hanya presiden dan menteri-menteri. Barangkali presiden Suharto akan melantik menantunya, atau anaknya Hutomo atau pemimpin kanan seperti Akbar Tanjung.

Dasar parti masih sama, tidak banyak akan berubah. Budaya dan sikap masih sama. Jika ada yang berubah hanya stail kepimpinan.

Tetapi rakyat Indonesia telah melakukan sesuatu yang pada mulanya dirasakan mustahil. Sukarno tunduk kepada desakan rakyat. Penggantinya Habibie yang mengetuai parti GOLKAR tewas kepada pemimpin buta, Abdul Wahid atau Bapak Gus Dur.

Gus Dur selepas itu digantikan Megawati Sukarnoputri setelah impeachment keatas Gus Dur.

Reformist sebenar dalam kebinet Gus Dur dan Megawati ialah seorang bekas Leftenan General ABRI. Namanya Susilo Bambang Yudhoyono (SBY). SBY menyatakan rasa kecewa kerana tidak berlaku perubahan yang dituntut rakyat lalu menubuhkan parti baru iaitu Demokrat Parti.

Pada PEMILU 2004, SBY dan Yusuf Kala (Golkar) mencabar parti PDIP pimpinan megawati dan menang.

Pada 2009, sekali lagi SBY yang telah banyak melakuan reformasi membantu rakyat Indonesia mengekal kuasa sebagai presiden.

Hari ini rakyat Indonesia boleh berbangga jika mereka bercakap soal demokrasi. Mereka telah buktikan dengan menukar parti pemerintah sebanyak tiga kali. Golkar kepada PDIP dan kepada DP.

Isyarat kepada parti dan pemimpin yang memerintah, "yang berkuasa sebenar-benarnya dalam sistem demokrasi ialah RAKYAT, maka itu kebajikan rakyat harus dipelihara dengan sebaik-baiknya".

Jika ada pemimpin Malaysia bercakap apa itu prinsip dan konsep demokrasi, rakyat Indonesia boleh tertawa atau setidak-tidak tersenyum sinis.

"Demokrasi apa yang bapak cakap, jika rakyat Malaysia tidak bisa membuat perbandingan dasar parti mana yang lebih baik? Barisan Nasional memerintah sejak British, ya tentu sekali kita hanya bisa bandingkan pemerintahan BN dengan pemerintah British! Tapi bukan dengan parti-parti politik lain, yang mungkin lebih baik kepada rakyat daripada BN!"

Rakyat Filipina juga akan mentertawakan Malaysia bila bercakap soal demokrasi. Mereka telah melakukan perubahan dengan menolak Arroyo dan memilih Aquino. Apa lagi rakyat Thailand, mereka pasti akan ketawa terbahak-bahak. renung-renungkan...

http://muslioli.blogspot.com

Komen Anda

0 Responses to "Indonesia tertawa bila Malaysia bicara soal demokrasi."