Sunday, 4 December 2011

Hudud PAS bertentangan hukum Allah?

Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

MCA hudud forum - Left fathul and right kamalBercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal (kanan) berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.

“Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."

Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.

"Dalam Islam, ini sepatutnya haram.”

Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.

hudud lawMenurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.

"Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.”

PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka. -MK

Komen Anda

1 Responses to "Hudud PAS bertentangan hukum Allah?"
Anonymous said...
5 December 2011 at 12:05

Hudud PAS bertentangan dg Hukum Allah...maka saudara tentang tetapi hukuman yang ada pada hari ini Saudara sokong ..apakan ianya sesuai ???

i.18 tahun adalh menjadi asas untuk penghukuman tetapi kalau pihak pendakwaan
mampu membuktikan tertuduh adalah seorang yang telah disifatkan sebagai mukallaf walaupun berusia kurang dari 18 tahun maka hukuman masih boleh di laksanakan begitulah sebaliknya dan 18 tahun adalah merujuk kepada orang islam di malaysia atau melayu berbanding dengan org islam dari keturunan lain yang purata tahun mencapai usia mukallafnya lebih rendah sebab usia mukallaf bukanlah sesuatu yang statik sebab itu kita mengambilkira purata.

ii.membenarkan meliwat isteri adalah satu fitnah...tidak mungkin PAS menghalalkan yang Haram ..yang haram tetap haram cuma ia dihukum mengikut kaedah yang lain... dalam islam adalah lebih baik terlepas menghukum dari tersalah hukum atau terhukum orang yang tidak bersalah.

ii.ia menjadi pilihan kepada bukan islam bukan lah tidak dihukum yakni samaada hudud atau sivil ..selama hari inipun orang bukan islam tidak dihukum dengan hudud malah orang islam pun tidak dihukum dengan hudud kenapa saudara tidak menyatakan hukuman itu bertentangan dengan hukum ALLLAH ataupun syariat nabi..? malah orang islam yang dihukum dengan hukum selain hukum ALLAH masih tidak terlepas dari hukuman ALLAH di akhirat dan orang yang menghukum juga disifatkan sebagai zalim (ALLAH menyifatkan orang yang menghukum selain dari hukumNYA adalah zalim) Apabila seseorang pesalah dihukum dengan hukum ALLAH
maka dosa nya telah tertebus dan terlepas dari hukuman di akhirat (rujuk al-quran)... kalau sebaliknya... orang yang mengubal undang2 berdosa,hakim,berdosa dan yang dihukumpun masih berdosa.....wallahualam..