Saturday, 10 December 2011

Gadis Hamil Tipu Ibubapanya Kata Diculik

Perbuatan seorang remaja yang tergamak mempermainkan perasaan ibu bapanya dengan mendakwa diculik terbongkar selepas dia ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Taman Danau Kota, baru-baru ini. Gambar fail.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ibu kepada remaja berusia 19 tahun itu membuat laporan polis selepas mendengar jeritan kecemasan anaknya di dalam telefon.

Bagaimanapun, berdasarkan siasatan awal, remaja itu disyaki merancang penculikan sendiri dan dia sebenarnya melarikan diri bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya, berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoren.

Mohd Adnan berkata, berdasarkan susuk tubuh, gadis itu dipercayai hamil bagaimanapun polis masih menunggu laporan perubatan terhadapnya.

Dalam pada itu Mohd Adnan berkata, masalah keluarga dipercayai punca remaja tersebut merancang penculikan sendiri itu. -SH

Komen Anda

0 Responses to "Gadis Hamil Tipu Ibubapanya Kata Diculik"