
"Saya fikir mereka kini sibuk berkempen untuk memastikan mereka boleh menang. Perhimpunan Agung Umno agak baik, sambutannya agak bagus. Nampaknya seperti Umno kini kembali semula menjadi popular kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Dr Mahathir berkata pilihan raya mungkin diadakan tahun depan, sungguhpun tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

"Bagaimanapun jika pilihan raya diadakan terlalu hampir dengan tempoh berakhirnya penggal, tiada sebarang manfaat bagi mereka. Jadi mereka terpaksa bersatu, mengharungi pilihan raya bersama-sama. Terpulanglah kepada kerajaan untuk menimbangkan perkara ini," katanya.

Mengimbas semula pilihan raya umum 1999, beliau berkata ketika Anwar didapati bersalah dalam kes mahkamah ketika itu, beliau menggunakan insiden mata lebam dan BN kehilangan kira-kira 300,000 undi daripada kaum Melayu.
"Kaum Cina mengundi BN. Kaum Cina merupakan penyokong BN yang sangat kuat kerana kami berjaya menangani krisis kewangan dan ramai di antara mereka yang terselamat daripada menjadi muflis. Sebab itulah kami mengekalkan majoriti dua pertiga, sungguhpun Umno kalah bannyak kerusi," katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ramai daripada penyokong kuat Anwar dan kalangan yang menaruh kepercayaan kepadanya yang meninggalkannya, termasuk Dr Chandra Muzaffar dan peguam Zainur Zakaria, yang tidak lagi percaya dengan apa yang diperkatakannya.

"Pada 1999, dia sangat kuat kerana dia berada dalam penjara dan mempunyai mata yang lebam dan berkata saya melakukan konspirasi untuk menyingkirkannya. Untuk apa saya berkonspirasi? Lagipun, saya mahu meletak jawatan," katanya.
- Bernama
Komen Anda
0 Responses to "Dr M Yakin BN Boleh Menang PRU13"