Thursday, 8 December 2011

Debat NFC : PKR Tunggu Respon Khairy

PKR tetap bertegas untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), malah bersetuju ia diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - bangunan ibupejabat Umno.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliDalam kenyataannya hari ini, pengarah strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata beliau mencadangkan PWTC kerana ia pemilihan tempat
itu untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Khairy apabila dilangsungkan di ibupejabat Umno sendiri.

Mohd Rafizi berkata cadangan tempat debat tersebut telah dikemukakan secara rasmi kepada Khairy hari ini, sebagai menjawab surat ketua Pemuda Umno itu yang bertarikh 6 Disember, yang memaklumkan Khairy tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai isu pada 12 Disember 2011.

Ini kerana, kata Mohd Rafizi, majlis debat itu "bertembung dengan program" Khairy yang lain.

"Saya berterima kasih kerana beliau akhirnya menjawab jemputan debat yang dibuat pada 18 November 2011, saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau," kata Mohd Rafizi.

Sehubungan itu, Rafizi meminta Khairy memilih satu tarikh yang sesuai dan menegaskan sudi meluangkan masa dan tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut diadakan.

"Sekiranya setelah kesemua kelonggaran ini beliau masih berdolak-dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat dalam hal ini," kata Rafizi.

NONEJika ini berlaku, kata Rafizi, pihaknya akan meneruskan debat membongkar dakwaan penyelewengan NFC pada 19 Disember ini dan
mengalu-alukan penyertaan Khairy, jika beliau berubah fikiran menjelang tarikh tersebut.

"Sebagai pemimpin Umno yang paling lantang mempertahankan NFC, wajarlah saudara Khairy meluangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada rakyat beberapa keputusan pelaburan yang dibuat NFC yang menimbulkan kemarahan rakyat, termasuklah penjelasan beliau sebelum itu bahawa pembelian dua kondominium mewah adalah pelaburan bijak yang dibuat NFC.

"Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan menghampakan harapan rakyat," kata Rafizi lagi.

Khairy pada 16 November lalu dilaporkan menerima cabaran Mohd Rafizi atas alasan beliau secara prinsipnya sentiasa bersedia berdebat dengan sesiapa pun. -MK

Komen Anda

1 Responses to "Debat NFC : PKR Tunggu Respon Khairy"
masloro said...
9 December 2011 at 11:21

yalah kalau cabaran x d sambut bagaikan ada telo xda btg.