Tuesday, 20 December 2011

Dana Lembu Beli Kondo RM10 juta Di Singapura

PKR hari ini mendedahkan satu lagi isu berkaitan dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) — kali ini mendakwa sebuah unit kondominium mewah bernilai RM10 juta pula dibeli di Singapura tahun lalu.

Ia pendedahan ketiga membeli hartanah menggunakan dana NFC, projek yang dikatakan bermasalah menurut Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Bulan lalu, PKR mendedahkan unit-unit kondominium dibeli di Bangsar dan sebidang tanah di Putrajaya.

“Memandangkan Umno dan Datuk Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, PKR akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan,” kata kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ismail dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, PKR berkata pihaknya boleh mengesahkan ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah di 7 Anthony Road, Orchard Scotts, Singapore oleh keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Kata mereka, kondominium itu dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

“Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka berbanding dengan pembelian dua kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd,” katanya lagi. -TMI

Komen Anda

0 Responses to "Dana Lembu Beli Kondo RM10 juta Di Singapura"